Ahmad Zulfadli
Puas hati dengar penjelasan dari Sudara Mohamad Ezam Nor melalui video FB Live malam tadi dari Sitiawan, Perak yg dikongsikan oleh sahabat kite, Man Toba
Bila mana pimpinan Amanah dan DAP seperti Anthony Loke, Khalid Samad, Mad Sabu, Salahuddin Ayub dan Kulasegaran tidak melawan cadangan Atuk yg mahu Shafie Apdal jadi PM, dan DSAI cuma jadi TPM 1 dan anaknya Mukhriz jadi TPM 2, ianya adalah satu penghinaan kepada Majlis Presiden PH itu!
Apa yang ada dalam kepala otak pemimpin2 PH ni sampai sanggup dihina bilamana Ketua mereka sendiri (DSAI) diletak sama taraf dengan anak seorang pengkhianat PH yang tiada wibawa langsung utk jadi TPM
Malah lebih teruk lagi, Ketua PH itu sendiri diletakkan dibawah seorang pemimpin yang hanya punyai 9 kerusi berbanding ketua PH itu yang punyai 92 kerusi!
Tidak terfikirkan mereka yg suka berunding dgn Mahathir ni, bahawa apakah pandangan golongan atas pagar apabila pimpinan PH (DAP dan Amanah) lebih mendengar pendapat orang luar berbanding Pengerusi PH sendiri?
Adakah ini naratif yang hendak ditonjolkan kepada pengundi-pengundi sekiranya berlaku PRU15 kelak?
Jikalau mahu berkempen, apa cerita yang mahu Mat Sabu sembangkan? Nak cerita pasal Atuk Mahathir yang sepatutnya kite angkat jadi PM selama 6 bulan dan kemudian baru serah kepada Anwar Ibrahim?
Agak-agak kamu la wahai Mat Sabu, apakah cara berkempen sebegitu akan membuatkan pengundi atas pagar memilih PH?
Soalan ini juga sy mahu lemparkan kpd pemimpin DAP seperti Anthony Loke, Liew Chin Tong dan Kulasegaran....
Kamu mahu dihukum oleh pengundi2 kamu?
Apakah terlalu benak otak kamu sehingga kamu masih mahu melutut dengan orang tua yang jangka hayat pun tidak lama
Lepas tu kamu semua mahu berpaut kembali kepada DSAI?
Begitu juga dengan pimpinan Amanah seperti Khalid Samad dan Salahudin Ayub
Tidak terlintas dek akal kamu ke pabila rakyat memerhati kelakuan kamu yang mengemis sokongan Mahathir pengkhianat tu untuk mendapatkan kembali jawatan Menteri kamu tu?
Yakinkah kamu bahawa pengundi di Parlimen Shah Alam(Selangor) dan Parlimen Pulai (Johor) tidak akan menghukum kamu?
Mereka nampak kamu sudi menjatuhkan maruah kamu dan membiarkan ketua kamu disepak terajang oleh seorang tua yg bukan lagi berada dalam PH, sehingga tak habis-habis memaksa ketua kamu membuat keputusan berminggu-minggu lamanya untuk memenuhi nafsu serakah kamu tu?
Kepada pimpinan PH yang sebegitu, harap kamu semua sedar diri dan cepat-cepat pikirkan jawapan apa yang kamu nak beri semasa berceramah di atas pentas kelak....(PRU15 bakal berlaku hujung tahun ini atau awal tahun hadapan)
Dan kena ingat, ceramah kamu nanti pasti akan disiarkan secara Live di Facebook dan Youtube... dan pastinya banyak komen-komen yang akan mempersoalkan tindakan-tindakan kamu yang baru sahaja berlaku beberapa bulan lepas
Rakyat bukan bodoh... mereka takkan lupa....
Mereka nampak yang kamu sedang diperbodohkan oleh sang saka tua berumur 95 tahun berkali-kali..
Sekian.