JANGAN MENGGELABAH.


Zaimi Saad

KELUAR PARTI

Tak perlu melankolik. Tak ada apa lagi perlu saya perjuangakan. Saya sudah cukup makan. Saya tak perlu mengais. Tak perlu menjilat orang politik untuk secupak beras. Saya sertai politik tidak lain hanya untuk survivor agama, bangsa dan negara saya dan terpenting; menolak apa saja kerjasama dengan pendokong korupsi dan kleptokrat.

Ketika mana parti yang saya dan rakan-rakan bina tidak lagi menyokong aspirasi saya, saya perlu undur. Tinggalkan isteri sarat mengandung anak pertama untuk bina parti, korbankan bukan sedikit wang untuk mobilisasi parti, pimpin gerakan media bawah tanah dalam memenangi pilihanraya dan menumbangkan Barisan Nasional adalah kenangan yang tak mungkin saya lupa.

Saya berterima kasih kepada Sdr. Hasnizam Nizam Adham dan Timbalan President Datuk Rashid Asaari kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam membina asas parti di Selangor terutama di Shah Alam dan Kota Raja.

Saya, dengan nama Allah dan hati yang lapang mengumumkan bahawa diri saya bukan lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan secara sendirinya terlucutlah segala jawatan parti yang saya sandang.

Semoga Allah rahmati kita semua. Amin.

¡Hasta la victoria, siempre!

Mohammad Zaimi Saad
00000981
Shah Alam
19 Julai 2020