Jamzuri Ardani
Isunya bukan soal layak atau tidak. Isunya ialah etika tadbir urus wang sumbangan orang ramai oleh sebuah agensi kerajaan.
Saya juga bukan anti dengan PASTI. Ada kaum kerabat keluarga saya yang bertugas di PASTI. Anak-anak saya tujuh orang semua lulusan PASTI.
Malah ketika saya sudah meninggalkan PAS pun masih ada kawan-kawan dari parti lama yang wassap saya minta sumbangan untuk PASTI dan saya tidak ada masalah beri sedikit sumbangan sekadar mampu (hilang pahala bagi tau orang 😅)
PASTI adalah entiti pra-sekolah yang berdaftar dengan PAS. Ia tidak berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan. Guru-guru PASTI wajib menjadi ahli PAS. PASTI juga adalah institusi yang banyak menyumbang dana untuk aktiviti parti Pemuda PAS.
PASTI mengutip yuran bulanan dan menjual buku-buku kepada pelajar-pelajar PASTI seluruh negara. Keuntungan dari jualan buku-buku sahaja mencecah ratusan ribu tinggit setiap tahun. Ia tidak pernah bayar cukai kepada kerajaan. Premis PASTI tidak bayar lesen untuk beroperasi kepada PBT.
Ada PASTI yang dhaif dan miskin. Ada juga PASTI yang kaya raya.