Hakim berkata tertuduh iaitu Dato’ Seri Najib Razak tahu berkaitan transaksi wang ke dalam akaun di AmBank Islamic tetapi tidak mendedahkannya.
Berkaitan akaun bank, hakim berkata Jho Low dan ketua setiausaha sulit Najib, Azlin Alias saling berhubung dengan tertuduh.
Selain itu, Hakim berkata bukti-bukti menunjukkan tertuduh tidak memulakan usaha mendapatkan kembali dana SRC daripada Switzerland, walaupun berkata akan ditangani secara kerajaan kepada kerajaan.
Hakim juga berkata,pasukan pembelaan gagal menolak anggapan berdasarkan Akta SPRM 2009 berkaitan imbangan kebarangkalian dan gagal membangkitkan keraguan munasabah bawah Section 23(1) akta itu.
Sumber: Malaysiakini