BOLEHKAH MENTERI AGAMA PN ULAS SIKIT PASAL TH...




Bob Kelanang




Maaf cakap Menteri Agama PN ni lebih macam Ketua Dewan Ulama parti pak lebai. Kenapa? Sebab isu yang beliau bercakap sejak mula jadi Menteri Agama di JPM hingga hari ini nampak sangat "very limited".

Sudah tentu kita mengharap sebagai Bapak Menteri yang antara lain urusan Tabung Haji di bawah bidangkuasa beliau, bapak menteri ini akan bercakap lah sikit pasai isu Tabung Haji yang panas di Dewan Rakyat beberapa hari ini.

Mungkin Bapak Menteri boleh bagi sedikit pencerahan, dengan andaian beliau sudah khatam membaca dan memahami laporan PricewaterhouseCoopers (PwC), tentang pendedahan PwC bahawa Tabung Haji membayar dividen/hibah guna duit simpanan para pendeposit (duit kebanyakan dari kita semua) untuk FY 2017 yang dikatakan bercanggah dengan Akta Tabung Haji 1995. Hibah/dividen patutnya kena dibayar dengan guna wang yang dijana atas dasar keuntungan syarikat.

P/S masih teriyang-iyang lagi dalam minda apa yang mantan PM -Tun-sebut masa mesyuarat pasca Kabinet JPM tentang isu ini. Saya yang hampir setiap masa duduk amat berdekatan dengan PM dalam meeting itu seram sejuk bila dengar apa yang Tun kata. - YB Hanipa Maidin

*KOHILAL ni jangan kata Dividen, Modal Pendeposit dan Pelabur Kohilal lebih RM45 juta pun hilang lesap... tinggal SIJIL jer buat kenang2an... Ini baru betul dinamakan gadai, jual Aset orang Islam..* edited by papa Bob