Pelajar-pelajar di Alabama dikatakan menganjurkan parti bersama pesakit-pesakit Covid-19 dan akan berikan duit kepada sesiapa yang menjadi orang pertama dijangkiti virus maut ini.
Menurut Daily Star, pihak berkuasa di Alabama terkejut bila mengetahui yang pelajar-pelajar ini menganjurkan “parti Covid” dengan niat untuk dapat jangkitan.
Trend tak masuk akal ini dibuat oleh orang-orang muda, di mana mereka akan jemput orang yang ada jangkitan Covid-19 dan buat pertaruhan tetamu mana yang mungkin akan terjangkit dulu.
Sesiapa orang pertama yang positif bila buat ujian Covid-19 akan dapat sejumlah wang hasil pertaruhan tersebut.
Parti-parti ini dilakukan walaupun kes positif Covid-19 di Amerika Syarikat sudah mencecah lebih 2.74 juta dengan kematian sebanyak 130,000.
Ketua bomba di Tuscaloosa, Alabama barat berkata, ketika dia dengar laporan tentang parti Covid ini, dia ingatkan yang ia hanyalah bahan lawak.
“Mula-mula kami ingatkan khabar angin tapi lepas buat siasatan, doktor pun sahkan perkara ni. Parti ini sudah berterusan sejak beberapa minggu lalu,” katanya.
Ahli majlis bandar Tuscaloosa, Sonya Mckinstry pula mengatakan yang berita ini telah menjejaskan usaha mereka untuk melawan Covid-19 dan tindakan pelajar-pelajar ini memang tak masuk akal.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi?