Bersatu kini dihina depan-depan, tak ada selindng-selindung


. Kalau kita imbas bagaimana Bersatu ditubuhkan, kita akan tahu betapa kekuatan Bersatu ini bukanlah pada bilangan tetapi kekuatan untuk melawan pemimpin korup yang ada dalam UMNO.
2. Kita tahu bahawa seteruk mana pun ahli-ahli UMNO ini, tentu ada yang waras yang tidak boleh membenarkan kemungkaran menjadi kelaziman mereka.
3. Setelah Tun dan pasukannya berjaya membentuk Bersatu dan tekad mengolah langkah untuk duduk bersama Pakatan Harapan ketika itu, sokongan rakyat dari pelbagai latar dan segmen bersedia memberi mandat kepada PH.
4. Hujan di tengah hari, Bersatu di bawah telunjuk Muhyidin ada ‘scheme of things’ sendiri. Akhirnya Bersatu berpecah dan keluar membentuk PN.
5. Ramai yang ingat penyatuan itu adalah penyatuan Melayu. Yang akan menjadikan Melayu sepakat. Bersatu adalah antara yang percaya dengan wayang itu.
6. Tak sampai setahun, belang masing-masing ditunjukkan. Bersatu kini dihina depan-depan, Tak ada selindng-selindung.
7. Tapi semacam tidak ada reseptor malu, Bersatu memang benar-benar mengiyakan telahan Tun. Akan melukut di tepi gantang. Seolah-olah tiada nilai.
8. Kita akan terus saksikan ‘kestabilan’ yang dijaja PN akan menjadi tempat UMNO bernyawa kembali dan kembali mengangkat nilai kleptokrat.
9. Semoga perjuangan Bersatu tidak hanya menjadi catatan sejarah Malaysia yang akan dibaca apabila soalan ditanya dalam peperiksaan di sekolah.
Dr Razam Ramli.