Iswardy Morni bocorkan rahsia? Orang Tua tu juga dikatakan masih bertemu dan berunding dengan semua termasuk Azmin Ali. Kita tidak boleh kata 100% benar atau tidak benar, semuanya dalam ilmu Allah.
Puak Anai-anai PANTUK #K3 tak marah pula kalau Org Tua tu jumpa sesiapa pun? Tapi melompat sebab DSAI jumpa PM Abah Yiddin dan Hamzah Zainuddin.
Agak-agak kenapa puak tu marah walau DSAI dah bagi tahu MP PH mengenai pertemuan itu? Meh saya nak bagitahu...sebab DSAI sangat MERAHSIAKAN sebarang keputusan pertemuan dan TIDAK diceritakan secara terperinci kepada mereka. Nak cerita buat apa kepada alat dan perkakas Mahathir? Nak bagi bocor?
Banayk lagi pertemuan yang berlaku yang DSAI tidak ceritakan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Tapi dia dah banyak kali bagi hint, jika TIPIS, perkuatkan jentera Pilihanraya dan bersedia.
Tapi apa yang DSAI suarakan seperti Dr. Shahruddin Salleh sokong dia jadi PM itu adalah benar walau anai-anai PANTUK kata dia tipu. Cukup hanya Allah yang mengetahui. Adalah DIFAHAMKAN, Dr. Shahruddin sendiri yang maklumkan kepada sahabat beliau, bukan DSAI yang sebut dulu.Macam yang pernah saya kata dulu, ada sesuatu yang Dr. Shahruddin sebut pasal Mahathir. Tapi bak kata DS Siti Nurhaliza.."Biarlah Rahsia".
Anehnya jika Mahathir berjumpa dengan Hadi, Stopa Ali, Azmin Ali atau sesiapa jua, tidak pula menjadi isu? Hakikatnya puak anai-anai PANTUK #K3 ni hanya nak cari alasan menyerang Pengerusi PH kerana kebenciannya menebal setelah Atuk kesayangan mereka malah calon PM SEBULU juga tidak disokong oleh DSAI mahupun MP-MP dari PKR.
Wallahualam.
- Zus Din
18 Julai 2020