Khabarnya yang conteng mural gambar KP Kesihatan YDP Agong tu tertangkap dalam CCTV...
Aku tak mahu kecoh tentang orang conteng mural. Mural je pun.
Lebih bahaya orang yang menipu YDP Agong dengan mendakwa majoriti ahli parlimen menyokongnya padahal tidak.
Jauh lebih berbahaya orang yang belanjakan duit rakyat macam duit arwah bapa dia.
Dan paling berbahaya orang yang mencemarkan nama Islam dengan melaras dalil mengikut keperluannya.
Setakat menconteng mural, bagi aku bukanlah dosa yang terlampau besar.
Tapi iyalah. Orang kita ni, hormat orang sampai ke gambar pun dimuliakan. Lantaklah. Itu pun aku tak ada hal.
Tapi aku tak sokong juga yang menconteng mural itu. Dah tak ada kerja sangat ke?
Kalau banyak sangat masa lapang, pergilah ke rumah orang tua atau anak yatim, atau mana-mana rumah miskin tegar. Tolong catkan rumah mereka bagi cantik. Itu lebih berfaedah.
Sekarang ini, pandai-pandailah korang bawa diri. Kalau di berkas nanti janganlah disalahkan pihak polis pula. Sendiri yang cari fasal, kan?
- R a j a G e l a p -