Apa makna pelabur keluar Malaysia ketika harga tinggi?
Ipohmali
Indeks Pasaran saham KLSE dalam jajaran meningkat minggu ini dipacu saham berkaitan getah terutama Top Glove.. tapi aliran keluar dana asing juga dilaporkan mengalir keluar minggu ini lebih 3 kali ganda iaitu RM 623 juta, berbanding RM 200 juta minggu lepas..
Ini apa maknanya, Pelabur asing mengambil peluang keluar dari pasaran Saham Malaysia ketika harga saham meningkat.. sepatutnya ketika inilah aliran masuk dana asing bertambah tetapi berlaku sebaliknya.. maknanya kenaikan dipacu dari pengurus dana tempatan dan pelabur runcit..
Jadi bila dikenang cerita CEO PNB.. CEO Petronas punya kenyataan.. Kita dapat agak apa sebenarnya yang berlaku dalam pasaran saham.. aku dok bayangkan bagaimana suatu ketika Tabung Haji terpaksa membeli kepentingan dan saham dalam FGV ketika disenaraikan.. Tabung Haji dikatakan rugi dalam pelaburan berikut..
Bila Saham Top Glove tiba tiba naik mendadak ke paras RM 24 minggu lepas dipacu berita baik kononnya yang mereka akan menambah operasi dan kilang atas permintaan, dan turun mendadak pada pertengahan minggu ini dari berita kononnya produk Top Glove dilarang masuk ke US, dan meningkat semula hujung minggu ini.. kita dapat agak apa yang sedang berlaku..
Tu sebab aku kata dari 2 bulan lepas…ada petanda PRU mengejut.. cuma kalau bleh kita doakan , Kerajaan tebuk atap..PN bertelagah, dan mengheret kerajaan ini kekal sehingga tahun hadapan.. jangan biarkan depa bubar tahun ini..