TOK UBAN
Sebelum berlakunya perubahan kerajaan pada akhir Mac 2020, sudahpun adanya perbincangan sesama kepimpinan UMNO di peringkat pusat dan peringkat bahagian.
Ramai juga berminat untuk UMNO dan BN menyertai kerajaan baru, iaitu tanpa DS Anwar Ibrahim, PKR, PAN dan DAP.
Saya menegaskan kepada rakan2 saya diperingkat pusat bahawa setiap langkah UMNO haruslah berprinsip dan bermaruah, dan bukan semata-mata untuk mendapat jawatan dalam kerajaan.
Pandangan saya telah disanggah olih seorang pemimpin muda yang menyindir dengan berkata bahawa, bagi dia, maruah itu tidak bermakna tanpa kuasa. Dan kuasa itu datangnya dari jawatan.
Memang kuat tarikan jawatan dan kuasa dalam politik. Apa tujuannya politik kalau tidak untuk kuasa? Tanpa kuasa, tidak guna bercakap pasal prinsip dan maruah.
Kuasa politik itu sebenar datangnya dari rakyat yang mengundi dan "meminjamkan" kuasa mereka itu bagi tempoh yang tertentu. Dan kerana ianya kuasa yang dipinjam, ianya bolih ditarik balik.
Sebab itulah, semasa UMNO dan BN berada sebagai pembangkang, rakyatlah yang menarik balik kuasa yang diberikan kepada PH dan berikannya balik kepada BN melalui 6 PRK yang lalu.
Pengundi2 di 6 kawasan yang terlibat tahu mereka tidak akan dapat apa2 dan tidak minta apa2 pun apabila mereka menolak calon2 PH.
Hanya kerana prinsip dan maruah, mereka tolak PH.
Kerana prinsip mereka telah ditipu olih PH dan janji2 manifesto PRU14 dan kelakuan angkuh PH sebagai kerajaan.
Juga, kerana maruah mereka tidak mahu ditipu lagi.
Pendekata, rakyat yang memilih pun berpandu kepada prinsip dan melakukan apa yang bermaruah.
Itu semasa BN di luar kerajaan.
Itu semasa pemimpin BN dan PAS tidak ada jawatan.
Sekarang sudah ada jawatan dan ada kuasa. Jangan pula sudah mula nada berubah kepada nada sebagai menteri.
Tidak menghormati pula rakan2 yang tidak ada jawatan kerajaan dan hanya ada jawatan parti. Cepat menyanggah pendapat pemimpin parti yang tidak berjawatan kerajaan. Ini pun sudah melanggar prinsip dan suatu yang tidak bermaruah.
Tanpa disedari, jawatan dan kuasa itu bolih mengubahkan perspektif dan sikap seseorang itu.
Sebab itu, keputusan mengistiharkan TS Muhyiddin perlu dijelaskan sebagai suatu keputusan yang tidak akan merugikan BN dari segi kerusi, penggunaan lambang dan tawaran kepada pengundi dan rakyat.
Saya beri satu contoh. Contoh Johor Bahru.
Semasa kerajaan negeri PH, jawatan2 diperingkat kampong dan majlis bandaraya dikongsi olih wakil parti2 gabungan PH. Apabila berubah kerajaan, alih2 bagi jawatan2 ini, BN bukan sahaja kena berkongsi dengan PPBM tapi juga dengan G10, iaitu penyokong2 Azmin Ali.
Dah terselit masuk pula wakil2 G10!
Adakah kerana Zuraidah, seorang rakan Azmin Ali, jadi menteri kerajaan tempatan? Walaupun Azmin dan G10nya bukan ada parti pun!
Lagi hebat apabila kerusi parlimen seperti Johor Bahru yang dimenangi olih PKR pada PRU14 nanti diistihar sebagai kerusi untuk calon dari G10 pula pada PRU15.
Andaian ini kerana sudah berlaku pun pemberian kuota jawatan untuk G10.
Apa yang sudah berlaku ialah kerana BN sedang diheret untuk mengiktiraf sebuah Perikatan Nasional. Ialah pemimpin PN ialah TS Muhyiddin. Azmin Ali pemimpin kanannya.
Dan bagi PRU 15, sudah diistihar TS Muhyiddin sebagai PM. Kerusi yang bukan ori PPBM pun jadi kerusi PN, tapi bukan BN?
Azmin bagaimana pula? Semua kerusi PKR, G10 punya?
Wah, wah, wah.
Dan pemimpin2 BN yang sudah berjawatan dalam kerajaan dan dengan itu, sudah bermaruah, harap janganlah menghampakan pengundi2 yang secara berprinsip dan demi maruah sudah dan sedia menolak PH dan kembali kepada BN dan PAS.