ANGKAT MARTABAT BAHASA MELAYU BUKAN PERKAUMAN, KATA ANWAR



Penasihat PLM, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, berkata Kementerian Pendidikan semasa di bawah teraju Tan Sri Muhyiddin pada tahun 2011 sudah memutuskan pemansuhan PPSMI selepas kajian yang dilakukan pelbagai institusi bahasa dan pendidikan, menunjukkan kesilapan dan kegagalan program itu. "Semua kajian menunjukkan bahawa PPSMI tidak berjaya mencapai hasrat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.