Syarikat juga dipercayai tidak mempunyai kelayakan serta gagal melepasi penilaian teknikal dan kewangan. “Bagaimanapun, disebabkan bayaran suapan rasuah kepada ‘orang dalam’ maka semua syarat asas diketepikan bagi membolehkan kontrak tersebut diberikan kepada syarikat terbabit. “Siasatan dibuat menurut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” menurut sumber itu. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya berkata SPRM akan memohon perintah reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya siang tadi.