Md Zulaimi Kazin
Dalam mesyuarat MKT ada bincang 2 pilihan untuk PRU15. Samada bersama PN atau cukup dengan MN.
Kalau MN tiada masalah antara Pas dan BN je. Tapi untuk calon PM ada masalah... Nak lantik siapa? Tanya beliau. Yang ada Najib, Zahid dan Tok Mat. Masalah katanya sebab berat nak pikul kes mereka (najib dan zahid). Tok Mat peringkat basional rakyat tak kenal.
Kalau bersama PN pula, Calon PM adalah Muhyiddin tapi Muhyiddin minta 50 kerusi untuk PPBM... kerusi melayu hanya ada 123 kerusi tinggal 73 untuk dibahagi dengan Pas. UMNO mesti kerusi terbanyak. Azmin belum diambil kira lagi.
Sekarang PN dan MN rasa lega sebab PH tgh belaga nak tentukan siapa PM bukan nak bersiap membuat asakan bagi PRU15.
Hari ini seolah-olah DAP dan Amanah tolak pendirian PKR... silap bawa PH akan berpecah sepwrt PR dulu.
Maka, apakah wujud 4 penjuru?
PN ( Bersatu dan PKN Azmin) vs MN (Pas dan BN) vs PH ( Pas dan DAP) vs PKR untuk Semenanjung.
Atas kertas nampak macam milik MN tapi MN berdepan dengan isu siapa calon PM. Bagi PN sudah tentu Muhyiddin, PH pula Tun M dan PKR sudah sah Anwar.
PRU15 rakyat akan pilih siapa calon PM yang mereka yakin... maka parti itu akan menang, mungkin perlu ada gabungan selepas pru untuk cukupkan majoriti.
Kalau ini yang berlaku, pertembungan dan kempen akan lebih menarik. Masing-masing kena yakinkan rakyat.