Syarikat penerbangan ‘senget’, ransangan terlambat?
Ipohmali
Di Singapore, pada 26 Mei Pakej keempat rangsangan Ekonomi dibentangkan Menteri Kewangannya Heng Swee Keat. Pembentangan ini dilakukan di Parlimen, Bukan hanya pertambahan untuk kelompok SME dan Ekonomi tetapi kepada Rakyat..
Jangan kata Pakej rangsangan, Kelmarin, Satu dasar pengecualian sewa Industri dan SME pun dibetangkan di Parlimen..Bukan dengan cakap cakap dan dialog Tok Abah mcm Drama Melayu di TV..
Malangnya petang ini, Sekali lagi PM tebuk atap akan kononnya membentangkan Pakej rangsangan jangka pendek, sekali lagi tanpa membentangkannya di dalam Parlimen.. Sudahlah kedudukan dia pun masih tidak diabsahkan parlimen.. Apalagi pakej Ransangannya..
Semalam kita membaca, Bukan hanya satu syarikat penerbangan, Setelah Malindo..Airasia dijangka membuang puluhan ribu pekerja dan pekerja dalam rantaian peniagaannya.. bukan hanya kelompok pekerja bawahan yg terkesan.. kali ini melibatkan pegawai tertinggi termasuk Jurutera dan Juru terbang..
Selepas ini sektor Oil & gas akan mengambil giliran dan tempat..Sudah pasti ada rantaian perniagaan melibatkan sektor ini..Hari ini bukan hanya sektor Penerbangan dan Perhotelan.. Hatta semua sektor SME, hampir 70% dari yang aku jumpa..mereka kehilangan sekurang kurangnya separuh dari pendapatan..
Tetapi keadaaannya masih tenang mengapa ? Sebab Moratarium 6 Bulan isi rumah dan SME , mereka tidak dibebankan dengan Hutang dan Libiliti kewangan,dan skim pengeluaran duit sendiri dari KWSP.. habis Tempoh ini kita akan hadapi dan dapat rasai krisis sebenar..Ia sama mcm keadaan orang sakit, Uba Bius masih belum habis.. jadi kesakitannya masih belum terasa..Kalau bius terlalu lama..Ia boleh mengancam nyawa..
Sepertimana yang aku sebutkan sebelum ini.. Dimana Kesilapan pakej Rangsangan Ekonomi dan bantuan Rakyat dari kerajaan tebuk atap dn Menteri Keyangan dari Bankers ini ?.. Kesalahan mereka sasaran mereka itu tidak tepat dan akhirnya mengheret kemelesetan Ekonomi lebih teruk dari dijangkakan biarpun depa kelam kabut membuka semula ekonomi sejak 4 Mei..
Cuba Belajar dari Singapore.. Sebelum mereka umumkan langkan pemutus rantaian ” Circut Braker”.. Pakej bantuan untuk rakyat dan sektor Ekonomi sudah diumumkan.. Malah sasaran mereka tepat.. iaitu sasaran sektor Penerbangan, Pelancongan, Perhotelan akan dijanjikan jaminan atau gantian pendapatan sebanyak 75% kepada gaji mereka yang kurang dari S4600(RM 12 ribu)..manakala sektor F&B diberikan jaminan pendapatan 50%..
Setelah Singapore mengambil keputusan menutup Ekonomi.. Kerajaan Singapore menambah dan meluaskan jaminan pendapatan mereka kepada semua sektor Terjejas.. iaitu jaminan atau gantian Pendapatan sebanyak 75%..
Samalah dengan Bantuan Rakyat.. ada Kakitangan awam, Mereka yang menerima Gaji tetap mendapat Bonus dan bantuan tambahan.. Mereka yang benar benar terjejas, Mereka yang bergaji hari kekal kehilangan pendapatan…
Itu sebabnya aku tulis, Jumlah Pakej Ransangan yg dikatakan berjumlah RM 200 Billion melibatkan implikasi fiskal kewangan lebih RM 20 Billion hanya sia sia.. Ekonomi kita tidak ada nampak petanda pemulihan biarpun sudah sebulan Ekonomi dibuka..