Maka Kerajaan PAKATAN HARAPAN dahulu lebih fokus kepada pertanian dan perdagangan antarabangsa berbanding sekarang, walaupun tidak sempurna. Cuma silapnya, Kerajaan PAKATAN HARAPAN memberi Azmin Ali terlalu banyak kuasa 'ekonomi' yang beliau gagal menguruskannya. Namun, Kerajaan PERIKATAN NASIONAL telah meniti laluan yang sama dengan melantik individu yang tidak layak untuk tugas berat membawa ekonomi Malaysia ke mercu kejayaan. Itu hanya sedikit contoh. Belum lagi kita melihat karenah Menteri perkauman seperti Menteri pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan. Kita tidak nampak apa yang mereka buat dalam Kementerian masing-masing untuk membantu merangsang ekonomi negara, kecuali membuat perlantikan kroni-kroni politik untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu. Terima kasih Tok Mat kerana berterus-terang.
SELAMATKAN EKONOMI NEGARA, KATA PEMIMPIN UMNO