Saya tidak percaya kesemuanya dalam audio ini, tetapi sukar nak tolak kesemuanya. Apa pun, hakikatnya kita dah pernah beri dia peluang jadi PM. Selepas dia meletakkan jawatan, dia mahu semula jawatan tu walaupun dia tiada parti. Orang yang bercakap seperti yg didedahkan di dlm rakaman audio ini, skrg mahu berjanji untuk jadi PM semula selama 6 bulan saja, kemudian mahu satu tahun ? Orang waras tidak akan percaya. Dia kata terimalah dia demi selamatkan mandat rakyat. Selamatkan mandat rakyat kah atau mandat Tun?
Oleh itu, tidak perlu kita di dlm PH ni bergaduh atau berpecah kerana orang tua ini. Jelas depan mata kita tingkah laku orang tua ini amat menyolok mata kita selama dia memimpin PH. Bahkan, ketika nyawa politik dia dihujung halkum sewaktu beliau hilang sokongan dari Muhyidin dan Bersatu, beliau masih bercadang untuk mengkhianati PH spabila mahu wujudkan kerajaan perpaduan. Beliau sangka cadangannya itu akan diterima oleh semua parti termasuk Umno dan Pas. Malangnya, bukan semua orang nyanyuk macam dia. Banyak janji dan tugas dia dalam kerajaan PH dulu yang masih belum terlaksana, dia sibuk mahu wujudkan kerajaan perpaduan, apa hal?
Tidak terbayang oleh fikiran kita, tergamak dia membuli pimpinan2 PH dengan meletakkan jawatan PM secara senyap2, hanya dia dan mungkin Tun Hasmah saja yang tahu. Angkara perbuatannya itu, gelabah puyuh semua menteri dan timbalan menteri balik ke pejabat masing2 untuk berkemas kerana kabinet terbubar dengan sendirinya bila dia umum letak jawatan. Tanpa bincang, tanpa runding dan tanpa guna otak.
Sebak tengok tiga pimpinan utama PH, Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu macam budak2 pejabat berdiri tercegat di luar rumahnya kerana menunggu untuk bertemu dengan beliau bagi menyelamatkan kerajaan PH yang ketika itu di hujung halkum juga. Ada beliau kisah kepada PH waktu itu?
Banyak mahu sembang pasal orang tua ini, cuma tidak larat mahu cerita. Apa yang penting, kita wajib bersyukur kerana akhirnya Keadilan dan Anwar "surrender", tidak mahu lagi percaya kepada spesis seperti ini. Jika ada seorang dua pimpinan PH yang masih yakin, negara ini tidak boleh sesiapa terajui kecuali orang tua ini, aku harap ijtihad dia betul. Aku pernah berijtihad salah apabila menyokong keputusan PH menerima Tun sebagai bakal PM sekiranya PH ke Putrajaya kerana aku yakin dia boleh jadi PM yang terbaik.
WFAUZDIN NS