Pandangan Tokti berkenaan Khalid "keldai baru Madey".



KHALID TERUS CEMARKAN DIRI SENDIRI

Cara Kahlid Samad untuk merapatkan barisan dalam PH terutamanya mengeratkan semula hubungan Mahathir dengan Anwar dengan mengungkitkan pengampunan Anwar oleh Yang diPertuan Agong adalah sebagai jasa Mahathir, tidak kena dan tidak tepat.

Sekali lagi Khalid telah mencemarkan dirinya dengan pengungkitan perkara itu. Sebelum ini beliau cuba menceritakan (suatu fakta yang diminitkan dalam mesyuarat PH) berhubung kedudukan ataun pemegang jawatan PM sekiranya PH berkuasa yang ada pelan A dan pelan B. Pelan A Mahathir jadi PM manakala pelan B Anwar jadi PM.

Khalid tidak boleh menjustifikasi dengan menyebut itu kerana ia memberi tafsiran seolah-olah Anwar dan pengikutnya tidak berterima kasih kepada Mahathir, manakala beliau pula cuba mempengaruhi pengikut PH agar menyedari akan hal itu.

Pengampunan terhadap Anwar itu adalah termasuk dalam satu tuntutan PH apabila ia jadi kerajaan. Usaha untuk mendapat pengampunan itu bukan sahaja perlu atau boleh dilakukan Mahathir tetapi semua pemimpin PH yang bersetia harus merealisasikan hatta kalau Lim Kit Siang yang jadi PM.

Saya fikir Khalid berhentilah bercakap soal seperti itu walaupun ia membawa niat baik kerana tidak tepat sehinggakan ia akan ditafsirkan oleh orang ramai sebagai beliau seolah-olah yakin kejayaan dan masa depan PH terletak ditangan Mahathir semata-mata.

Kalau Khalid ada naiwatu hendak mengukuhkan PH beliau perlu mencari modal atau pun hujan lain bukan dengan cuba mendewakan Mahathir. Terbaik beliau kena beri tahu orang ramai bahawa Mahathir sudah tidak relevan selepas dia "turun tidak bertangga" meninggalkan kerajaan PH.

Dan sebaiknya Khalid kembali kepada pendirian asalnya sebelum ini yang menolak Mahathir untuk dilantik jadi PM? Awal-awal dahulu siapakah yang sangsi kepada keikhlasan Mahathir? Apakah Khalid berasakan berdosa dan bersalah dengan sikapnya kepada Mahathir dahulu dan terasa macam malu alah bila Mahathir melantiknya jadi menteri dan perlu menebusnya dengan mahar yang tidak suci? Wuh.... Trims.