PADA 27/ 2/2020 - MAHATHIR SETUJU MUHYIDDIN JADI PM ?
TERKINI : Jika Semua Pilih Muhyiddin Jadi PM, Saya Ok - Tun M
Video ini pada 27 Februari 2020, sama ada dia berseloroh atau nampak riak muka tak melawak. Jadi semua ini dia yang rancang..mudah faham.
PUTRAJAYA- Mencalonkan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) sebagai Perdana Menteri merupakan antara intipati perbincangan di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.
Menurut Perdana Menteri Interim itu, perkara tersebut perlu mendapat persetujuan parti terlebih dahulu.
"Banyak kemungkinan yang dibincangkan antaranya kemungkinan meletakkan Muhyiddin sebagai calon (Perdana Menteri).
'"Jika semua orang pilih dia, saya OK.
"Sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat maka dia boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya membentuk kabinet sendiri," katanya semasa sidang media selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi di sini hari ini.