Musa bebas jangan buat terkejut….
Ya, tak payah nak buat-buat terkejut.
Benar lagi sahih, Musa Aman hari ini digugurkan kesemua 46 kesnya sekali gus oleh Peguam Negara lantikan PN.
Kemudian cytro-cytro diam kejap sebab pening nak jawab macam mana, sehinggalah bos-bos mereka berikan arahan untuk banjirkan komen dengan kes Lim Guan Eng.
Itulah, kalau nak jadi cytro, cerdikkan diri dulu sikit. Paling kurang tahu beza fail kes.
Kes Musa Aman tak sempat masuk bicara mahkamah, tak sempat panggil saksi, tiba-tiba Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid beritahu Peguam Negara lantikan PN arahkan semua kes digugurkan.
Kes Lim Guan Eng dibicarakan di mahkamah, dipanggil saksi, dan atas testimoni saksi, mahkamah decide untuk bebaskan LGE. Sebab itu laporan menyebut, mahkamah bebaskan Guan Eng.
Dan itupun satu kes.
Ini 46 kes.
Dan bukan BEBAS, tetapi DIGUGURKAN terus.
Kepala makcik kiah Kg Tembeling pun pening fikir, takkan satu pun tak lekat?
Kata geng-geng lawyer, kes-kes tu jadi banyak sebab nak pastikan setiap kes tu dibicarakan seadil dan seteliti yang mungkin. Kes-kes yang banyak macam ni kalau ikut congakan lawyer, mesti akan lekat punya. Semua orang tahu betapa korupnya si Musa Aman ni.
30 kes korupsi membabitkan USD50.1 million. 16 kes money laundering membabitkan USD37.8 million dan USD2.5 million.
Total semuanya ialah USD89.7 million. Jumlahnya kalau dalam RM ialah RM376.74 juta.
RM376.74 juta ni kalau kita bagi kat 100,000 rakyat yang hilang kerja sebab PKP baru-baru ni, sorang boleh dapat cikai-cikai RM3,700.