Menuju Era Kleptokrasi Lebih Teruk
Tidaklah begitu mengejutkan bila beberapa individu yang terpalit dengan skandal rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram ketika zaman Barisan Nasional (BN) akan bebas sepenuhnya samada tidak bersalah atau kes digugurkan.
Seperti sedia maklum BN yang diketuai UMNO merupakan sebuah kerajaan kleptokrat yang telah ditolak rakyat pada PRU-14 lalu. Hari ini UMNO kembali berkuasa dengan bantuan beberapa pengkhianat mandat rakyat. Sejak awal kita sudah jangka satu per satu mereka yang menghadapi beberapa pertuduhan ketika era Pakatan Harapan akan lepas begitu sahaja.
Sekali lagi Malaysia diperintah oleh sebuah rejim kleptokrat. Lebih buruk kali ini Malaysia akan dipimpin sebuah rejim yang berkuasa sepenuhnya jauh lebih teruk dari BN iaitu Perikatan Nasional (PN).
Selepas Pakatan Harapan (PH) digulingkan melalui pengkhianatan pada Februari lalu belum ada sidang perbahasan berlangsung di Parlimen apatah lagi untuk membentangkan Pekej Rangsangan Ekonomi yang dikatakan beranggaran Rm250Billion.
Kerajaan cuba menghalang Parlimen daripada bersidang atas alasan bagi mengelak penularan Covid-19 namun boleh berada di Dewan sama selama lebih dua (2) jam untuk Titah Yang DiPertuan Agong.
Lebih teruk semalam satu notis diedarkan yang mana ia menyatakan bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020, Parlimen ditutup kepada orang awam atas alasan selaras keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Adakah ini bermakna sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada Julai ini ditangguh?
Buat pertama kali kita menyaksikan kerajaan yang memiliki kuasa penuh untuk membuat dasar dan meluluskan sesuatu tanpa perlu dibahas di Parlimen. Tindakan ini dilihat seperti ala Komunis.
Pembebasan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz selepas memulangkan sebahagian wang 1MDB dan pengguguran 46 pertuduhan rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram keatas bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman juga dilihat sebagai langkah penyucian oleh kerajaan PN. Adakah selepas ini Najib Razak, Zahid Hamidi dan pemimpin BN yang dituduh di Mahkamah sebelum ini akan dibebaskan? Siapa pula akan jadi ‘kambing hitam’ hanya untuk membuktikan kerajaan PN kononnya memerangi rasuah?
Kita juga tidak menolak kemungkinan kerajaan PN akan menggubal suatu undang-undang tanpa perlu dibentang, dibahas dan diundi di Parlimen.
Saya yakin kita juga akan melihat kerajaan PN menekan pemimpin parti politik pembangkang dengan menggunakan Polis, SPRM dan sebagainya.
Rakyat mampu menilai sendiri adakah ini kerajaan yang mereka inginkan. Atau rakyat ingin sebuah kerajaan bersih yang akan mereformasikan sistem di negara ini yang lebih mementingkan kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi negara.
Rakyat undi PAKATAN HARAPAN untuk kerajaan BEBAS RASUAH, bukan rakyat undi PERIKATAN NASIONAL untuk kerajaan BEBASKAN PERASUAH.
#KC Bersatu kampong bagan pinang bhg port dickson
#GKCBM
#GKCBM