Malaysia yang aneh
ISMAILY BUNGSU
(nombre uno @ nombor satu korupsi)
HIDUP di Malaysia ini agak beda. Yang tak mencuri / rasuah dikata pencuri, sebalik pencuri dikata baik.
Di TV, siap banyak sangat program agama, ajar pelbagai kebaikan berdasar al-Qur’an dan hadis Nabi.
Di TV juga, kita nonton pemimpin lagak bicara kalah Ustaz tapi pandu Mercedes koruptor nombor satu.
GLC macam MARA, MAS, Tabung Haji, BANK2 dan macam2 semua pengerusinya Melayu, malah bermula jawatan PM, Menteri Kewangan, Menteri2, dan hampir 99% Melayu diberi amanah tapi rata2 terlibat korupsi.
Mereka itu semua Islam, tahu halal haram, tahu dosa pahala tapi MENIPU, curi duit rakyat secara terang2an menjadi budaya membanggakan mula disanjung puji.
Rakyat peluk cium tangan sang koruptor cium tangan, puji melangit, di TV muka mereka asyik disebar dikata insan mulia.
Malaysia ini negara aneh. Memang aneh.
Pencuri petai berminggu di penjara, curi sardin dua minggu penjara.
Curi RM bilion2 dikasi balik RM 300 juta, bebas lepas dan ada dituduh puluhan tuduhan bebas lepas. Tak hairan, pencuri nombor satu sama bebas nanti.
Memang negara kita ini agak aneh dan surat kabar luar negeri kata orang Malaysia korupsi nombor satu.
Memalukan. Ya Allah, Malaysia dikata negara Islam tapi ramai pencuri dan pencurinya berbillion2 RM. Hebat negara kita ini.
Malaysia cukup terkenal. Kita bangga sebab bendera terpanjang, pesta terpanjang, nyanyi terpanjang, semua panjang2 dan tangan2 banyak panjang.
Bikin malu ramai tokoh agama, ramai alim ulama, ramai pemimpin bijak bicara tapi perangai setan.
Munafik. Tak hairan Allah turunkan bala celaka.