Pemimpin dan warganet membidas kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan DAP, AMANAH dan Ahli Parlimen yang setia kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Aiman Athirah Al Jundi berkata, tuntutan Zahid itu percubaan selanjutnya untuk memecah belahkan Pakatan Harapan (PH).
“Fokus utama adalah asal PH pecah, sama seperti tahun 2015 dahulu, asal PR (Pakatan Rakyat) pecah,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, PH akan menghadapi cubaan untuk memecahkan pakatan tersebut
tanpa rasa takut dan pilih kasih.
tanpa rasa takut dan pilih kasih.
“Percaya mereka ada banyak step lagi, tetapi kita ada keyakinan kita sendiri,” tegasnya.
Penulis Zin Mahmud pula mengingatkan bahawa mandat rakyat ialah Mahathir, Bersatu, PKR, DAP, AMANAH dan Warisan.
“Tidak lebih, tidak kurang. Cuma lima tahun. Tak boleh tunggu?” soalnya.
Sementara itu, Johar Ismail menyifatkan pendirian Zahid itu adalah cara Umno memecah-belahkan Pakatan Harapan (PH).
Bagi Burhanudin Ismail, “mainan jahat” Umno sudah sedia ada dalam pengetahuan Mahathir menyebabkan parti itu sama sekali enggan diterima bekas Perdana Menteri itu untuk kerjasama politik.
“Bila Umno gagah dia akan tendang Tun. Nasib yang sama akan diterima oleh Bersatu dan Pas,” katanya.
Penolakan terhadap Umno-Pas juga disuarakan pengguna Facebook, Zainudin Ahmad yang menegaskan kedudukan Umno di mata Mahathir.
“Siapa Umno yang mahu memberi arahan begitu kepada Tun Mahathir?” soalnya.May 31, 2020