InsyaAllah perubahan besar dalam masa terdekat, kata PH

InsyaAllah perubahan besar dalam masa terdekat, kata PH
Pertemuan pemimpin kanan PH di rumah Datuk Seri Anwar malam tadi.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, teks yang berkata 'Kembalikan Mandat Rakyat! LOS'





Pimpinan utama Pakatan Harapan telah bertemu malam tadi dan mengulangi komitmen untuk bersama mengukuhkan pakatan itu dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik.
“Pakatan Harapan akan membuat semua keputusan berasaskan konsensus.
“InshaAllah perubahan besar dalam masa terdekat,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan mereka selepas pertemuan malam tadi.
Turut menyertai pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah haji Mohamad Sabu (Presiden AMANAH), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), dan Antony Loke (Setiausaha Organisasi DAP).
Sebelum itu, pemimpin AMANAH dan DAP mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari Sabah dan Sarawak bersama denganTun Dr Mahathir Mohamad.