Raas ghul
Semalam aku call kawan saudara Dr. Ali graduan Phd dari Riyadh, Saudi. Aku cakap Anwar masih sukar untuk dilantik jadi PM. Selamba dia kata kat aku. Kau jangan haraplah Anwar nak jadi PM. Satu dunia tak nak dia. Bukan orang Malaysia saja tak nak dia.
Aku tanya pasal apa? La hang tak tahu ka (Versi arab ka) kalau dia jadi PM. Akan ada satu lagi individu bernama Erdogan di dunia Islam. Kalau Anwar PM,kawan kawan dan jaringan dia di Indonesia akan membentuk satu kuasa ekonomi terbesar dunia Islam.
Malaysia akan menjadi negara contoh negara Islam dunia. Tapi dia kata,orang malaysia tak fikir tu. Dia kata,orang Malaysia yang dia kenal ramai tak membaca. Satu keajaiban kalau Anwar jadi PM. Jadi jangan berharap sangat la. (Ada kawan aku marah sebab kata orang melayu malas membaca). Baca tabloit dan cerita dongeng dalam whatapps aku tak kira baca. Yang aku kira adalah suka baca buku ilmiah dan bacaan popular.
Aku cakap dekat dia. Aku tak harap pun. Sebab umat melayu yang ada ni pun bukan satu generasi yang sesuai untuk Anwar pimpin. Bukan depa ada aqal pun. Pemikiran orang melayu bukan fikir masa depan. Depa sokong apa yang di nampak depan mata. Skrg depa nampak melayu terancam dan untuk itu kerjasama dengan penyamun penting untuk islam dipertahankan.
Nasib Anwar ia "seumpama" bukan sama saidina Ali. Baginda saidina Ali bijak tapi beliau dikelilingi dengan fitnah dan mewarisi generasi selepas sahabat. Separuhnya generasi khawarij. Begitu juga Anwar,ia mewarisi generasi zaman edan. Bertindak dahulu baru berfikir,akhirnya penuh dengan kelucahan dan hina nista.
Politiknya tidak dibajai dengan nasihat dan peringatan oleh pemimpin mujtahid. Tetapi dikelilingi golongan agama pelampau. Padahal apa yg depa tak nampak sebab campurnya politik melayu atas dasar melayu dan islam. Serta di campur gabungan ahli politik melayu perompak dan ulama tamak kuasa. Islam dan melayu tu nampak buruk dan tercalar.
Melayu hanya nampak dan sedar apabila bangsa mereka berada di antara kerongkong dan perut. Macam dulu dulu. Masa jual tanah nampak untung saja,bila dah hilang tanah dan hilang kuasa baru dia sedar dia rugi. Masa buat tak fikir rugi,fikir sedap saja. Pasal tu melayu dengan lucah tak pernah berpisah. Kira nak sedap saja.
KESIAN NASIB DSAI JIKA RAKYAT TERUS BERFIKIR UNTUK DIRI BUKAN NEGARA ISLAM MAJU DAN DISEGANI DIBAWAH Dato Sri Anwar Ibrahim