HUJAH YB KHALID MELENCUNG JAUH DI DALAM MEMPERTAHANKAN TINDAKAN MENYOKONG TUN M



Aku tengok live kat Jom Channel tadi.  YB Khalid samad ulas tentang kemelut pencalonan PM samada Tun atau Anwar. Beliau bawa kisah tolak ansur Nabi dlm peristiwa perjanjian Hudaibiyah.  Bagaimana Nabi begitu bijak berdepan dgn musuh dan sanggup menandatangani perjanjian dengan pihak kafir mekah asalkan menguntungkan umat Islam untuk dapat memasuki Mekah. 

Contoh yg dibawa oleh YB Khalid Samad itu kita faham iaitu untuk beritahu kita bahawa apa salahnya Anwar terima Tun M sebagai PM lagi sekali asalkan PH dapat jadi kerajaan? 

Sebenarnya, atas semangat perjanjian Hudaibiyah itulah Anwar dari dalam penjara sebelum PRU14 lagi bersetuju sokong Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya.  Alhamdulillah, PH berjaya dan janji ditunaikan di mana Tun M dapat jadi PM. 

Kemudian, kita semua tahu, setelah Tun M menjadi PM, beliau sendiri berjanji akan serahkan jawatan PM kepada Anwar di dalam tempuh dua tahun.  Kemudian dia sebut sehingga ekonomi pulih dan kali terakhir dia sebut lagi mahu serah selepas APEC.  Adakah Anwar melenting?  Tidak.  Atas semangat tolak ansur lagi sekali, Anwar cadangkan Tun terus menjadi PM sehingga selepas APEC dan tarikhnya terpulang kepada Tun M.  Open date.  Jarang orang politik buat persefahaman atau perjanjian "open date" sedemikian, tapi Anwar mahu buktikan beliau jujur untuk selamatkan PH dari berpecah.

Apa lagi yang Tun mahu Anwar buat?  Tanpa disuruh dan dipaksa bahkan tanpa berbincang dengan Majlis Presiden PH, Tun M meletakkan jawatan.  Tidak kiralah apa sebab musabab beliau meletakkan jawatan, tetapi sepatutnya beliau telah diangkat menjadi PM melalui PH, sewajarnya lah beliau berbudi bahasa sedikit dengan PH.  Sepatutnya Majlis Presiden dimaklumkan tentang hasratnya untuk meletakkan jawatan.  Akibat perbuatan Tun itu, ramai menteri dan timbalan menteri bergegas kemas barang di pejabat kerana kabinet terbubar akibat tindakan Tun itu.  Tun telah menganiayai mereka. 

Seterusnya Tun cuba berusaha untuk lari dari PH dengan ideanya untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melibatkan semua parti.  Satu lagi pengkhianatan Tun kepada PH.  Alhamdulillah, cubaan Tun itu gagal dan tidak mendapat sambutan.  Apabila menyedari usahanya gagal, Tun pun kembali untuk bersama PH dan akhirnya atas semangat perjanjian Hudaibiyah itu juga Anwar beri laluan lagi kepada Tun untuk dicalonkan sebagai PM.  Malangnya sudah terlambat.  Meskipun PH dikatakan mempunyai sokongan melalui SD sebanyak 114 MP yang menyokong Tun, tetapi sudah terlewat untuk diserahkan kepada istana.  Akhirnya kerajaan PH tumbang apabila pengkhianat mengambil kesempatan lebih pantas. 

Perjanjian Hudaibiyah berlaku sekali.  Kepercayaan dan keyakinan Nabi kepada perjanjian ini hanya sekali.  Adakah di dalam peristiwa ini pihak musuh telah memungkiri atau 'kencing' kepada Nabi dan Nabi terus percaya dan melakukan perjanjian seterusnya?

Maka, membawa kisah perjanjian hudaibiyah untuk disamakan dengan apa yang berlaku sekarang tidak tepat samasekali.  Kita sekarang sedang cuba untuk "menyucikan dosa" seorang yang terlalu banyak memungkiri apa yang dikatakannya.  Bahkan, selepas Tun jatuh pun, beliau masih membuat kenyataan memburukkan Anwar.  Sebelum beliau jatuh pun terdedah audio mesyuarat Bersatu yang dihadirinya bagaimana beliau menyatakan sesuatu tentang Anwar yang membawa maksud beliau pun tidak sokong Anwar menggantikannya.  Akhirnya, beliau jatuh juga.

Apakah salah jika ramai di luar sana tidak lagi yakin dengan Tun?  YB Khalid tidak perlu remehkan penyokong2 PH di luar sana yang tidak menyokong Tun.  Beliau kata, bukan penyokong di luar yang tentukan siapa calon PM tetapi kami di Parlimen yang akan tentukan.  Buat apa sibuk pasal sokong Anwar kerana undi kamu tidak dikira untuk memilih di antara Tun atau Anwar?  Begitulah maksud YB Khalid Samad.   Benar, kami tidak ada kuasa mengundi untuk memilih siapa PM nanti.  Tapi kami memilih kamu untuk menjadi Wakil Rakyat kami bukan untuk mengangkat seorang tokoh seperti Tun yang telah banyak melukakan hati kami.

Sepatutnya kamu dengar apa yang kami nyatakan dan mengapa kami menolak Tun.  Bukan kami tidak mahu PH perintah Putrajaya, tetapi kami tidak mahu dipersendakan lagi oleh Tun.  Khalid samad kata, layani lah Tun sebagai kawan bukannya musuh.  Cuba ingat, apakah Tun melayani kita semua dan fikirkan tentang kita sewaktu beliau memilih untuk meletakkan jawatan bersendirian?  Tidakkah beliau ada rasa bersalah dengan rakyat dan dengan Majlis Presiden apabila bertindak seperti budak-budak merajuk? 

Semoga YB Khalid boleh membawa contoh yang lebih releven di dalam mengatasi kemelut ini, bukannya membawa kisah perjanjian hudaibiyah.  Seolah-olah beliau sama pemikirannya dengan Maszlee Malik yang membawa kisah " galah sejengkal" demi untuk pertahankan Tun. 

WFAUZDIN NS