JamaluddIN kATIRO
Ahli Parlimen Lubok Antu nie keluar tak beri kesan pun kepada Keadilan..Walau hilang satu kerusi , namun kita perlulah lihat bahawa keadilan tidak kehilangan penyokong..PRU 15 lawan semula.
PRU-14 lalu dia tanding atas tiket Bebas dan menang.. Lalu sertai Keadilan kerana masa itu kerajaan Pakatan Harapan terbentuk.. Beliau sertai Keadilan kerana ingin menjadi Ahli Parlimen kerajaan supaya dapat memajukan kawasan beliau.. Dan bila orang begini sertai parti kita faham jika Keadilan bukan lagi kerajaan adalah mustahil dia akan kekal dengan Keadilan..
Apa yang penting adalah Keadilan Lubok Antu perlu berkerja seperti biasa turun ke rakyat.. Kita kehilangan seorang Ahli Parlimen yang tidak sampai dua tahun sertai kita namun kita masih ada jentera untuk berkerja..