Daftar PN untuk survival Bersatu, Umno tolak ikut serta – Puad Zarkashi
Hasrat PM Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan mendaftarkan Perikatan Nasional sebagai gabungan yang sah mungkin tidak kesampaian berikutan penolakan daripada pimpinan Umno
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam siaran Facebooknya menolak Umno dilibatkan dalam pendaftaran PN dengan alasan keputusan menolak menyertai PN telah dibuat Umno sebelum Bersatu mengambil keputusan untuk mendaftarkannya sebagai badan formal.
Puad mengulas keputusan mesyuarat Bersatu malam tadi yang mahu ‘formalies‘kan penubuhan PN.
“Dalam mesyuarat MPT Bersatu malam tadi, antara yang diputuskan ialah untuk ‘formalise‘ penubuhan PN.
“Ini semua untuk survival Bersatu. Tetapi Umno telah buat keputusan tolak pendaftaran PN sebagai badan formal.
“Umno tidak akan sign. Maka apa langkah Muhyiddin seterusnya????” tulis Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan yang ditubuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Puad mengulas tindakan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya semalam.
Menurut Puad, beliau mendapat maklumat dari orang rapat Shahruddin, beliau meletakkan jawatan itu kerana tidak yakin lagi dengan kedudukan Bersatu.
“Dia beritahu kawan rapatnya, Bersatu akan mati kerana tidak ada grassroot. Menurutnya, Muhyiddin tidak buat apa apa untuk memperkukuhkan parti.
“Dengan keahlian Bersatu 500 orang di Sri Gading sedangkan Umno 30,000 ahli, dia tidak yakin boleh menang lagi di Sri Gading tanpa sokongan DAP,” kata beliau.
Bahkan, kata Puad, menjadi calon pun belum tentu kerana Umno dan Bersatu bekerjasama dalam PN.
“Itulah juga alasan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bekas Menteri kereta terbang apabila timbul ura ura dia juga akan letak jawatan.
“Padanya Bersatu tunggu masa untuk berkubur macam Semangat 46,” tulis Puad lagi.
Atas sebab itulah juga, katanya, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi, antara yang diputuskan ialah untuk “formalise” penubuhan PN.
“Ini semua untuk survival Bersatu. Tetapi Umno telah buat keputusan tolak pendaftaran PN sebagai badan formal,” kata Puad.