Izlin Idris
Jika Tun M jadi PM untuk kali ke 3,
Tun sedar beliau tiada kekuatan di dalam PH, Jadi Tun semestinya akan cuba menguatkan kedudukan beliau di dalam kerajaan PH.
Ini pernah beliau lakukan pada tahun 2018 dulu bilamana beliau membawa masuk MP UMNO ke dalam BERSATU, Tun sedar pada masa itu partinya terlalu kecil, hanya ada 13 kerusi Parlimen..
Jadi apa yang Tun lakukan ketika itu adalah beliau cuba mengukuhkan kedudukan parti BERSATU di dalam PH, dari hanya 13 MP, parti BERSATU kemudiannya menjadi 26 MP dengan penyertaan MP UMNO.
Walaupun tindakan membawa MP pembangkang ke dalam PH adalah dilarang mengikut perjanjian bersama ke empat² parti PH sebelum PRU14..
Namun apabila Tun M melanggar persetujuan tersebut, tiada siapa yang berani menghalangnya, malahan ada pula pemimpin utama PH yang mengeluarkan kenyataan menyokong dan membenarkan tindakan tersebut.
Kali ini mungkin Tun akan lakukan yang sama..
Sebaik sahaja beliau jadi PM, beliau akan ada kuasa untuk berunding dengan semua pihak..
Mungkin Tun akan gunakan gabungan
Tun 6 MP + Warisan 9 MP + GPS 18 MP + team Azmin 10 MP.
Total = 43 MP
Di saat itu Tun mempunyai pengaruh paling besar di dalam PH.. ketika ini Tun boleh menarik kembali MP² BERSATU yang sebelum ini menyokong Muhyidin.
Pertemuan sulit Tun M dengan Azmin baru² ini janganlah sesekali dianggap remeh.
Mereka boleh menguasai kerajaan dan menarik sokongan² baru dan meninggalkan Muhyidin , Najib dan Zahid Hamidi, ini adalah pemimpin² yang dibenci Tun M.
Bila sudah berada ditahap itu, mana² komponen PH yang tidak bersetuju tindakan sedemikian tidak lagi mampu untuk menghalang.
Walaupun nanti jika sampai satu tahap ada sebuah parti komponen PH keluar dari gabungan, kerajaan Tun M tetap tidak akan tumbang..
Dan PAS sudah pasti pada bila² masa bersedia sertai kerajaan Tun M..
MP² UMNO pula dengan mudah akan ditarik menyokong kerajaan Tun M sekiranya ada antara komponen PH mengambil tindakan drastik menarik sokongan terhadap Tun M.
Keadaan boleh jadi amat dahsyat buat PH, Tun pula boleh merealisasikan kerajaan perpaduan seperti yang beliau pernah rancang sebelum ini..
Sebelum malapetaka buat PH ini berlaku, lebih baik kita sedari awal menolak sebarang peluang yang memungkinkan ianya berlaku.
Caranya adalah dengan menolak Tun M dari menjadi PM sekiranya PH mampu menjadi kerajaan kembali.
Ramai orang mahu jadi kerajaan dengan harapan itu akan menguatkan PH..
Sebenarnya Tun M akan menggunakan peluang yang diberikan PH itu untuk menguatkan dirinya dan mengambil kembali parti BERSATU yg diasaskan beliau.
Kita masih ada peluang untuk mengelak dari semua ini berlaku, gunakanlah sebelum terlambat.