BILA JATUH CINTA , HATI JADI BUTA

Hamdan Taha

Dap dan Amanah sudah jatuh hati dan cinta pada Dr Mahathir Muhamad...
Bila jatuh cinta ini maka hati dan mata jadi BUTA....yang di ingat hanya keindahan dan keseronokan...
Itu lah Amanah dan Dap sekarang mereka nampak hanya tun m sahaja yang boleh membawa kejayaan dan menyebabkan mereka jadi kerajaan. Bagi mereka Anwar Ibrahim dan PKR tak mampu bawa ke mana mana...
Hamzah zainuddin....Azmin Ali ( dia ni sama macam dr m sebiji) Muhyuddin Yasin dan Najib pula di kata ketua kepada konspirasi jatuhkan PH sehingga mereka lupa ketua penjahat dan mafia di Malaysia ni yang mereka puja dan cinta sekarang ini....
Mereka buat kenyataan menghentam Anwar Ibrahim dan PKR ada niat jahat pula....mereka tak nampak tun m itu bukan lagi niat jahat....tapi PENJAHAT....
Saya teringat pesanan guru saya ada dua perkara manusia ni jangan di tegur kerana jika di tegur kita akan menjadi musuh mereka...
1. Orang Baru Jadi Kaya....
Jangan sesekali kita tegur dia walaupun dia tu sahabat baik kita...adik beradik kita...ketika dia sedang habiskan duit ringgit dia....walaupun kita nampak keganjilan dia gunakan duit dia tu...kerana bila kita tegur dia akan melenting...bengkin....maklum le tengah kaya...kita tegur dia akan jawap...hang tau apa...ni duit aku...hang jangan campur tahu lah aku nak gunakan duit aku....lepas tu kita dah jadi musuh dia....
2. Orang tengah bercinta dan jatuh hati terutama suami orang atau isteri orang...kita ni kawan baik dia...atau pun adik beradik dia...malahan mak ayah sekali pun....jika kita tegur orang tu akan melenting....
Kot kita kata kat kawan kita tu yang tengah bercinta dan dengan isteri orang pula. Kita kata sahabat hang dah buat kerja salah ni,ramai lagi perempuan awat hang bercinta dengan dia tu...dia akan padang serong kat kita....dia akan kata hang tau apa....aku memang suka kat dia...dia lawa,hebat...manja...penyayang..body solid...semua pekej ada kat dia tu yang aku suka sangat.....kita pun kata hai bini hang tu aku tengok lagi lawa dari dia tu....muda...baik...semua pun ada pakej....pasai apa hang tak suka....yang hang suka tu aku pun hairan...dah lah tua....sombong pula...tang mana hang nampak cantik aku pun tak tahu....
Percaya lah punya dia marah kita kata kekasih dia tua dan sombong.....dia tetap kata kekasih dia tu ratu cantik dan paling lawa kat donia....dan kita yang tegur ni pula dia syak cemburu dan syok kat perempuan tu....jem kita...kita pun dah bukan jadi sahabat dia lagi...
Itu lah yang berlaku pada Dap dan Amanah sekarang ni.....tengah jatuh cinta dengan tun m...siapa kata tun musuh depa la...