Apa sahaja formula peralihan, asalkan kleptokrasi berkubur
Kredit: MMMS
Semalam Dr Amim Ahmad Mohamad ada call saya dan kami bersembang la pasal kedudukan Kabinet PH-Plus. Dia tulis sebab Tun M nak sangat jadi PM itu tidak ada masalah; yang penting PH-Plus perlu di ikat dengan perjanjian yang jelas dan terang.
Ada hujah-hujah Dr Amim, Ahmad Muslim Badawi Badawi, Liew Chin Tong yang saya rasa makes sense untuk terima balik TunM sebagai PM:
1) Dia kata MP GPS di pegang oleh Wan Junaidi dan bukan Abg Jo. Wan Junaidi ini pernah berkerja dengan Tun dan most likely dengan Tun.
2) Kalau berlaku snap election PRU15 pada tahun ini di mana impak pasca Covid belum di rasa most likely PH tak boleh secure kerajaan, dan kalau PN dapat 113 kerusi aje, mereka boleh luaskan lagi kuasa dengan membeli MP PH melalui kuasa dan ugutan.
3) Bayangkan 3 bulan di bawah PN lagi teruk dari 30 tahun di bawah BN; habis semua dia tunggang dari parlimen sampai ke SPRM. Kalau mereka dapat secure balik mandat hujung tahun ini, sanggupkan kita risiko hidup di bawah BN balik selama 5 tahun?
4) Yang otai reformasi semua sudah bersedia ke nak masuk balik penjara lawan kerajaan? Kerajaan baharu ni lebih zalim dari BN sebab orang yang dah di dakwa dalam mahkamah yang jelas ada pertuduhan wang haram pun boleh di lepaskan.
5) Azmin sendiri sudah mula mengerakkan caturnya; ingat parti baru dia sudah mendapat kerusi majlis dalam kerajaan negeri di bawah PN. Kuat Azmin pada wang, kalau kita putuskan kekuatan dia, dia sendiri akan berkubur.
6) PRU memerlukan banyak duit; dan kita kena akui jentera2 pilhanraya PH semuanya tidak berduit sekarang ini.
7) Hidup berprinsip ini banyak dugaan; tapi untuk survive dalam realpolitics kita kena berkompromi.
8) Ipoh Mali cerita pasal pergaduhan hudud zaman PR dahulu yang buat PR tak menang, menang jadi orang, kalah jadi abu.
9) Liew Chin Tong juga echo perlunya berkerjasama antara Anwar dan Mahathir untuk halang kita kembali ke zaman gelap
10) Ingat kalau penyamun 1MDB terlepas ini adalah satu perkara yang memalukan negara dan kita mungkin tidak akan dapat lagi kepercayaan antarabangsa.
Ini hujah saya yang saya bersetuju dengan kerjasama dengan TunM di sertakan berberapa syarat di bawah:
1) DSAI di lantik jadi Timbalan Perdana Menteri; dan Menteri kewangan
2) Melihat posting kertas akademiknya yang di bentang di Universiti Harvard, sekolah perniagaan tentang krisis ekonomi Asia; Anwar bukan sahaja mampu berbeda pendapat dengan pakar-pakar kewangan di Harvard tapi juga mampu membawakan hujah-hujah beliau untuk di jadikan kayu ukur. Cuba kita bilang, berapa ramai anak melayu yang boleh berucap di Harvard dan bentang kertas kerjanya sendiri di hadapan cendikiawan dan professor?
3) Najib? Dalam facebook boleh la itu pun cytro yang tulis. Di mahkamah even lawyer dia sendiri kata dia mewa, tak tahu apa dan boleh jadi mangsa penipuan.
4) Dalam syarahannya Anwar ada ulas tentang apa keperluan bailout syarikat besar dan biar syarikat kecil mati pada krisis ekonomi 1997. Dia juga ada jawap tuduhan yang dia sanggup terima rekomendasi IMF seperti yang di fitnah.
5) Dia juga sentuh tentang ekonomi kita yang sangat sensitif dengan kepercayaan pelaburan antarabangsa dan sedikit silap kira akan menyebabkan pelabur lari dan hilang kepercayaan
6) Bagi saya bagus juga DSAI tulis paper tersebut dalam English; at least boleh senyapkan troll yang kata Anwar ini hanya pandai berlakon dan berjargon.
7) Membaca perbentangan kertas kerjanya itu sendiri sudah boleh menilai aras pemikiran tahap tinggi dan ini bukanlah semata-mata kertas akedemik sahaja, dia sudah berjaya buktikan semasa 5 tahun dia jadi Menteri kewangan, 5 tahun ekonomi Malaysia surplus.
8) Lepas dari 98 sampai 2020, kita tidak pernah recover sepenuhnya dan saban tahun kita tetap defesit.
9) Jadi jika Tun masih lagi berkehendak kerusi PM tidak mengapa; janji kena di ikat dengan perjanjian dalam bentuk tarikh. Tak ada lagi 6 bulan atau 6 minggu, kena ada tarikh yang tetap e.g. 1 Feb 2021 yang tak boleh di ubah lagi.
10) Kementerian Kanan perlu di beri pada parti asal PH PKR dan Amanah. KDN, Pertahanan, Penerangan kena di beri pada PKR/Amanah yang betul-betul tegas dan bold.
11) Perdagangan, Undang-undang boleh di berikan pada DAP dan bukan Melayu
12) Saya setuju dengan pembahagian kerusi ikut kaum 70% (Melayu dan Bumi) 20%(Cina) dan India (10% )sebab ini yang kita tak dapat nak lawan naratif perkauman UMPAS masa 22 bulan dahulu
13) Kes 90 juta PAS perlu di segerakan sekali dengan kes heli H20. Kes kartel Jemin juga tak boleh di simpan; every corruptor need to face the music
14) Parlimen, SPRM, Polis perlu di angkat semula. Kuasa Perdana Menteri yang terlalu besar hendaklah di pulangkan pada Parlimen. Ini untuk mengelakkan kejadian memalukan bila Parlimen hanya bersidang tapi tak bahas apa-apa.
15) Kalau parlimen sudah di reform; tak kisahlah lepas ini siapa jadi kerajaanpun, kalau Najib naik balikpun bila PM sudah tiada kuasa mutlak dia sendiri terpaksa menjawap dalam parlimen kalau dia menipu dan boleh di penjara.
Hopefully dengan penjelasan saya ini dapat menutup mulut yang kata saya ini pentaksub sosok tubuh pemimpin. Bagi saya reform itu agenda utama; kalau kita hanya berkeras dengan isu perdana menteri, jangan kan kata 6 bulan; silap2 5 tahun seterusnya bukan takat tak dapat reform, yang dapat hanyalah penjara dan ugutan.
Betul ini bukanlah apa yang kita impikan; tapi susah hendak cipta situasi menang-menang tanpa perlu berkompromi. Moga Allah beri hidayah dan permudahkan urusan kita dalam Islah negara yang kita cintai.