AMANAH TOLAK FAHAMAN PERKAUMAN DAN EKSTREM AGAMA







Dzulkefly juga menitipkan harapan, jika kuasa dikembalikan kepada PAKATAN HARAPAN. Katanya: "Saya dengan rasa penuh tanggungjawab, ingin mempertegaskan beberapa peringatan buat diri ini dan pimpinan tertinggi PH. "Demi menjaga kemurniaan perjuangan, visi dan matlamat yang sama-sama kita sepakati, amat mustahak untuk memastikan 2 (dua) jenis makhluk ini mesti disaring dari bersama gagasan ini: "Pertama, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terpalit pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pecah amanah dan sedang mendepani pelbagai tuduhan Mahkamah termasuk AMLA dan sebagainya. "Kedua, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang jelas memiliki pegangan dan amalan doktrin pelampau perkauman dan ekstrem agama. Jelasnya 'DNA' ini tidak secucuk dengan perjuangan rakan-rakan kongsi PH, yang menganjurkan matlamat 'Rahmatan lil 'Aalamin (Rahmat Untuk Semua), bahkan berlawanan dengan konsep 'lnklusiviti' dan 'Kemakmuran Bersama' yang disepakati muafakat politik ini.