AKU TIDAK ADA MASALAH TUN JADI PM..JIKA HANYA ITU JALANNYA..



Mungkin ramai dari kalangan sahabat PH tidak setuju untuk Tun sekali lagi diangkat sebagai PM..aku faham..Aku hampir bersetuju dengan Dr Maszlee bagaimana jalan, dan Manhaj Politik almarhum Tok Guru Nik Aziz..

Aku tengok 2-3 hari ini sibuk kita dok bincang siapa layak jadi PM.. kadang2 aku dengar perbualan dan perbahasan siapa layak jadi PM..siapa lebih kuat..rasa menyampah aku baca, mcm Penyakit PAS dulu dulu dalam Pakatan Rakyat..Sembang sapa lebih kuat.. sapa lebih layak..

Aku masih ingat kata kata Tok Guru Nik Aziz dalam muktamar PAS di Kedah..bila dibangkitkan sentimen perkauman UMNO pada ketika itu konsep Tahaaluf dengan DAP.. Apa kata Tok Guru Nik Aziz..?

"  Bertapa Susahnya Nabi menjaga Islam.. Terpaksa berlindung, Berapat dan berkawan dengan bukan Islam.. Sehingga Nabi terpaksa potong perkataan Rasulullullah.. Sehingga Nabi Suruh Saidina Ali padam perkataan rasululullah dengan air liur Nabi.. Sampai begitu Nabi buat, Asalkan Islam boleh hidup..Boleh bergerak.. Takpa, Minta Tolong Siapa pun takpa.. "

Begitulah Politik Tok Guru Nik Aziz, dia lebih mementingkan Matlamat dan Tujuan dari jawatan dan kedudukan.. Tok Gruu tak mahu pun jawatan Menteri, apalagi Perdana Menteri seperti Presiden PAS hari ini.. Dia mahu pengaruh PAS dan dakwah itu berkembang kepada bukan Islam....

Kalau ikut nakkan naratif Melayu Islam, Tok Guru boleh saja berlawan dan bermusuh dengan DAP sepertimana PAS hari ini...Begitu juga Politik Tok Guru ketika menyokong Tun M dalam jelajah jatuhkan Paklah..Paklah tidak lah seteruk Najib dan Muhyidin.. Tapi apa matlamat Tok Guru ? jatuhkan UMNO dan BN..

akhirnya tahun PRU 2008..Bukan hanya Paklah berjaya digantikan..atas kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz.. kita menang 5 Negeri.. dan mulanya kita dapat tawan negeri maju seperti Selangor dan Pulau Pinang....

Begitu juga aku, Aku lebih pentingkan Matlamat reformasi dan Perubahan itu terlaksana.. aku tak kisah siapapun PM..Aku maklum dan aku sendiri akui.. Reform yang kita impikan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.. aku juga punya impian nak tengok ds Anwar jadi PM..

Tetapi bukan kah jauh lebih baik dalam ketika PH memerintah berbanding kerajaan tebuk atap hari ini..Malah Kerajaan tebuk atap hari ini lebih teruk dari zaman Najib..

Biar apapun orang kata..Matlamat kita , Bagi aku zaman PH perubahan itu jelas, Perasuah ditangkap..berlaku reform dan ketelusan dalam pentadbiran berlaku.. Biarpun kita tidak dapat semua.. Islah itu wujud...

Walaupun kita ada cita cita untuk lakukan Reformasi.. Perubahan..Kita tak boleh terlalu gelojoh.. Tak boleh terburu buru.. sepertimana Satu Kaedah Fiqh menyebut,

‘مَنِ اسْتَعْجَلَ شيئا قَبْلَ أَوَانه عقب بحرمانه’

"Barang siapa yang memetik hasil sebelum tiba waktunya, maka dia terhalang untuk mendapatkan nya.."

dari sudut Politik.. Aku berpegang kepada Manhaj Politik Tok Guru.. Aku bukanlah taksub keapda batang tbuh pemimpin..tetapi matlamat perubahan..

Aku pun tak faham mengapa pelru kita takut dengan Tun Mahathir..Dia tidak sudah tidak ada parti.. Dan dia dah di akhir usiapun.. Dan bukan kita tak tahu kelemahan Tun ketika jadi PM..

Bayangkan, pada ketika PH selama 22 bulan tanpa Ds Awanr pun kita mampu buat perubahan..dalam keadaan ada pengkhianat seperti Muhyidin dan kartel Azmin pun kita mampu lakukan Islah..apa lagi bila kita menguasai, dan dominasi kerajaan Pakatan harapan. Kita akan punyai satu pasukan dan jadi kerajaan yang paling kuat dalam sejarah Malaysia.... Aku yakin.. :)

Ipohmali