Abdul Manaf Syafie
1. ROH & JASAD.......
Umpama dan perumpamaan mudah untuk difahami, gerakan dan perjuangan asal, dimana Reformasi dan Sdr Anwar tidak boleh dipisahkan, seperti "ROH & JASAD". Ini adalah 1FAKTA. Tidak boleh ditolak dan dinafikan.
Jasad tidak bernilai dan berharga, bila ROH sudah berpisah dari nya. JASAD tanpa ROH, dipanggil MAYAT, atau JENAZAH, atau BANGKAI.
2. IJTIHAD yang betul......
Itu yang berlaku 22 bulan PH memerintah , bilamana Sdr Anwar bukan sebahagian dari pasukan pemerintah. Kecacatan ketara terjadi bilamana pengisian kandungan REFORMASI dalam kerajaan , tidak dibuat secara betul dan di GAGAL kan oleh Mahathir..
Usaha mereformasi sekadar melepaskan batuk ditangga oleh Mahathir, PM ketika itu.
Tindakan Sdr Anwar menolak sebarang jawatan dalam kerajaan 22bulan PH , merupakan 1IJTIHAD yang betul.
KESENGSARAAN Sdr Anwar berada dalam kabinet Mahathir dari 1981 hingga 1998, dan PENDERITAAN yang ditanggung selepas itu, 1998 hingga Mei 2018, membuatkan nya kenal watak sebenar Mahathir, dalam dan luarnya.
Tahun 1981 , dengan tajuk ISLAMISASI diumpannya Mahathir, ketika itu Sdr Anwar Presiden ABIM, bagi menyekat pengaruh PAS, di era gerakan islam seluruh dunia, yang terkesan dengan Revolusi Iran.
Mahathir juga kenal "LUAR & DALAM Sdr Anwar Ibrahim. Dulu, kini dan selamanya, Sdr Anwar musuh NO 1 Mahathir dan kaum kapatalis.
3. 95+++......
Jika sekiranya terpaksa berkompromi, demi mengembalikan MANDAT RAKYAT, Selasa ini sdr Anwar dikira wajar , walaupun terpaksa , harus menerima Mahathir sebagai PM9 6BULAN, dan seterusnya mengambil keputusan berada dalam kerajaan , bilamana baki dan sisa umur Mahathir cuma beberapa hari lagi.
Umur Mahathir dah 95+++ [ 3 tanda 'CAMPUR' ]. PH++ [2 tanda 'CAMPUR' sahaja ] , atau PH PLUS merujuk kepada 2 ahli bersekutu PH, iaitu WARISAN dan FRAKSI PPBM BERSATU. Jadi LANJUT benar dah Mahathir ini. Bukan KUBUR kata MARI, tapi DAH READY.
Begitu juga semua MASTERMIND PENGKHIANAT sudah TIDAK berada dalam lingkaran dan sistem PH
4. PENERAPAN AGENDA REFORMASI secara HOLISTIK........
Kata Akhramsyah , Reformasi bergantung pada PH, bukan Anwar sebagai PM. Kenyataan di atas BETUL dan TIDAK BETUL.
BETUL bagi dia yang tidak berada dalam gerakan reformasi. Orang tua-tua panggil JAHIL TUKIL, atau JAHIL MURAKAB.
TIDAK BETUL, bagi pejuang dan pendokong reformasi yang berada dan bersama, dari awal nya lagi.
Penetapan "BATU TANDA" dan "SEMPADAN" harus dibuat oleh mereka yang ahli dalam bidang nya.
Begitulah juga dengan "REFORMASI". Menjadi 1TUGAS & TANGGUNGJAWAB Sdr Anwar untuk mengepalai proses pengisian kandungan sebenar reformasi , setelah ianya "GAGAL" dilaksanakan Mahathir, 09mei2018 hingga 01mac2020.
5. TIDAK mewarisi kegemaran AYAHANDA nya.......
Allahyarham Sanusi Junid terkenal dengan jolokan KUTU BUKU iaitu minat membaca. Menerusinya, Allahyarham mendalami sesuatu disiplin secara mendalam dan hadam betul2.
Tetapi, genetik itu tidak diwarisi anaknya. Tidak ada ilmu soal Reformasi.
6. TUGAS & TANGGUNGJAWAB besar menunggu PH PLUS sekiranya, semua "KEKUSUTAN" tentang calon PM9 diuraikan selasa ini, seterusnya mengambil alih Putrajaya.
PERTAMA, dan menjadi keutamaan, semua pemimpin PPBM BERSATU, sekiranya diterima sebagai rakan gabungan dalam PH PLUS, didedahkan dengan INTIPATI sebenar REFORMASI.
AKHIRULKALAM.........
Jika berlaku peralihan kerajaan, bermaksud UMNO & PAS, muhyidin, Azmin, Zahid, Najib dan Hadi Awang kecundang. Itu lah kerosakan TERBESAR yang diperlihatkan oleh Allah swt kepada Mahathir.
Almarhum
Ustaz Fadzil Noor
ALFATIHAH
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَ�