Tengku Shahrul
Apa agaknya perasaan para penggiat seni kreatif yang pergi pitching tempoh hari terutamanya YOUTHPRENEUR bila tahu syarikat seperti ini yang layak dapat geran dari FINAS.
Saya menyeru seluruh penggiat seni kreatif di Malaysia bersatu hati fight isu ini dengan bermaruah tanpa melibatkan pembodohan politik. Mohon penjelasan dari pihak FINAS?
Itu semua buang masa, siapa yang tidak belajar daripada sejarah akan ditinggalkan sejarah.
Ini berkaitan integriti petugas dan pegawai dalaman FINAS sendiri. Mereka sudah bertahun-tahun buat kerja macam ini, polemik ini dah lama sangat. Rasanya sudah sampai masa FINAS merdeka daripada golongan elitis dan tangan-tangan ghaib yang tiada kena mengena pun dengan SENI ini. Lihatlah dengan mata kepala sendiri PENGKHIANATAN ini.
Ini bukan soal politik parti A atau parti B, semua itu NONSENSE. Pihak luar tidak perlu mempolitikan SENI.
Bangkit dan Fokus pada isu yang nyata bukan propaganda politik pihak berkepentingan.
TSR : SENIMAN kita sarankan lebih baik bersederhana dan duduk sama tinggi sahajalah dengan penggiat-penggiat yang lain fight isu ini. For once, tak perlu jadi hero yang loser dengan mengeluarkan kenyataan yang.. hmmm 🙄
Memandangkan Presiden SENIMAN sendiri adalah anggota parti politik kerajaan kini, conflict of interest pula nanti. Sekadar pandangan kita sahaja untuk kebaikan PRESIDEN dan SENIMAN sendiri.
Btw, Mat London hidup lagikah? Sekadar bertanya.