DS Anwar Ibrahim mengulas mengenai rakaman audio mesyuarat terakhir Pakatan Harapan (PH) yang melibatkan Bersatu sekitar 27 Februari. Sebagai orang yang hadir dan banyak bersabar hari itu Anwar mengesahkan itu tulen. Dalam mesyuarat dibangkitkan soal kedudukan Mahathir sebagai PM. Menurut Anwar tidak ada yang pertikai isu itu seperti termaktub dalam perjanjian sebelum pilihan raya, Mahathir menjadi PM, selepasnya diserahkan kepada Anwar. Cuma tarikhnya beralih dari setahun, kemudian dua tahun, kemudian selepas APEC. Semua tarikh itu dipersetujui Anwar tetapi tidak memuaskan hati golongan tertentu dalam KEADILAN dan Bersatu. Ada yang sebut biar selama-lamanyaTun Mahathir jadi PM. Beberapa orang Bersatu dan pengkhianat KEADILAN membuat gesaan keras jangan ditimbulkan isu peralihan kuasa, hal itu telah berlalu. Namun pemimpin Amanah dan DAP timbulkan kritikan. Anwar ambil keputusan lepas APEC pun tak apa. Tak mahu tetapkan tarikh pun tak apa. Tun Mahathir menyambut keputusan itu, ikut saya sampai sehari sebelum pilihan raya pun boleh saya serah jawatan. Anwar disergah oleh pemimpin komponen PH yang kekal dengan keputusan selepas APEC Namun bacaan politik Anwar jika buat kenyataan tegas maka berlaku pertelagahan dan golongan pengkhianat gunakan alasan nak keluar PH. Tetapi namanya pengkhianat Anwar buat cara baik macam mana pun mereka tetap khianat juga. Mengenai harga barang Anwar mengkritik kerajaan PN yang gagal kawal harga ayam, lebih berkesan ketika Saifudin Nasution menjadi menteri KPDNKK. Harga ayam menjelang Aidilfitri tahun lalu hanya RM6.00 sekilo, sekarang RM8.00. Ikan dan sayaur juga naik harga. Dengan inflasi melambung, kalau kerajaan beri RM500 bantuan dan harga naik maka jumlah hilang begitu sahaja Kedudukan Covid 19 agak membimbangan kerana jumlah bertambah kesan daripada sedikit kelonggaran, hari raya dsb. Ada kesan bila pulang ke kampung dan ia memunculkan kluster baru. Di Malaysia 7,009 dan kematian mencecah 114. Di peringkat dunia, bulan April Covid mengatasi semua penyakit utama. Angka kematian tertinggi pada 2020 akibat Covid 19, melebihi 200,000 orang, mengatasi barah payudara dan malaria. Ada keperluan untuk rakyat lebih waspada. Beberapa saintis dan pakar perubatan China pula bimbang kembalinya wabak Covid ke Wuhan dan menyerang wilayah lain China. Ada juga laporan virus Covid dikatakan telah bermutasi.
Saya Cuba Selamatkan, Pengkhianat Terus Juga Keluar PH