SANGGUPKAH KITA MEMBERI LALUAN KEPADA PENGKHIANAT?








Menurut Ahli Parlimen Sepang itu, ia diakui sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berucap secara langsung di televisyen baru-baru ini. "Ketiga, jika PH kembali berkuasa pada masa ini, hakikatnya ia berkuasa semula dengan mandat rakyat yang diberi oleh rakyat menerusi Pilihan Raya Umum ke-14. Mandat tersebut tidak pernah ditarik balik! "Bukankah mandat itu untuk tempoh lima tahun? Justeru, siapa yang tidak hormat kepada mandat rakyat tersebut?" soalnya. Bagi Bidasan Keempat, Hanipa berkata: "meminta agar PH menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 nampaknya berdasarkan andaian atau premis bahawa kerajaan PN ini wajar dibiarkan mentadbir beberapa tahun lagi. Dalam hubungan ini Hanipa mengingatkan kerajaan kini memiliki saiz kabinet yang lebih besar berbanding PH.