Terdahulu, Azmin Ali memberi amaran bahawa Kerajaan negeri mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak khususnya kalangan pihak industri sekiranya menghalang mana-mana syarikat daripada memulakan operasi mulai 4 Mei, 2020. "Tindakan kerajaan negeri adalah tidak bersandarkan kepada punca kuasa yang sah di bawah mana-mana undang-undang dan adalah bercanggah dengan dasar Kerajaan Persekutuan." Kata Azmin Ali, dipetik Bernama. Kecaman paling keras datang daripada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata ugutan Azmin Ali terhadap beberapa kerajaan negeri yang enggan melaksanakan PKPB itu sebagai angkuh dan takbur.