Pas tak perlu tuntut, tinggal laksana!
Aku Rakyat
Allah Maha Kaya, inilah nikmat Allah berikan kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS) . Perjuangan puluhan tahun lamanya menuntut segala macam tuntutan telah selesai.. Akhirnya bukan melalui undi rakyat atau mandat rakyat, PAS telah menjadi kerajaan di Negara ini akhir Febuari lalu.
Pas menguasai 3 negeri, 2 negeri iaitu Kelantan dan Terengganu melalui mandat rakyat pada PRU14 yang lalu dan 1 negeri Melalui rampaskan kuasa. PAS dulu cukup marah jika rampasan kerajaan ni seperti berlaku di Perak, tapi itulah PAS, boleh berubah setiap masa.
Sekarang bukan lagi masa PAS untuk MENUNTUT dari Kerajaan kerana PAS sudahpun mentadbir sebagai Kerajaan. Sebagaimana PAS tegas MENUNTUT dahulu sebegitulah kita mahu melihat PAS tegas melaksanakan TUNTUTAN mereka sendiri.
Sejak berdekad2, TUNTUTAN besar PAS adalah Hukum HUDUD yang mahu dilaksanakan walaupun sejak kebelakangan ini suara HUDUD makin hilang dari bibir pemimpin PAS, tetapi tuntutan WAJIB DILAKSANAKAN mereka sendiri. Jangan berdalih lagi.
Tuntutan Rang Undang-Undang 355, yang kedengaran 2,3 tahun lepas harus dilaksanakan segera, dulu kalau tidak dilaksanakan dikafirnya orang lain seperti juga Hudud dan DAP antara disalahkan.. nah sekarang tiada lagi DAP Kumunis itu mentadbir.. Tunggu apa lagi, jangan sampai kamu pula dikatakan Kafir. Jangan sampai rakyat ke Putrajaya Azan ditelinga kamu semua.
Arwah Adib.. Kerajaan PH dituduh Kerajaan DAP, Kerajaan PH dituduh cuba selindungkan pesalah yang membunuh Adib, Pemimpin-pemimpun PAS sekali lagi bak orang kena sawan salahkan DAP, DAP,DAP, sekali lagi habis dikafirkan semua orang… seolah PAS adalah juara pembela rakyat… Nah sekarang sila heret pesalah itu ke muka keadilan, bak kata Takiyuddin tubuhkan Jawatankuasa Khas kes Arwah Adib, nah kamu sekarang Menteri Undang-undang.. jangan buat lupa apa yang bibir kamu ucapkan..
Harga Getah, PAS lah yang berdemo sana sini salahkan kerajaan kerana harga getah jatuh menjunam, dimaki hamunnya kerajaan, PAS seperti pakar Getah dunia, Hero pembela Penoreh Getah… Nah sekarang Menteri Getah dari PAS sendiri.. Segerakan kenaikan harga Getah !! Jangan berdalih lagi wahai PAS..
Banyak lagi tuntutan PAS kepada Kerajaan, Sekarang PAS hanya perlu laksanakan bukan lagi tuntutan.. yang akan TUNTUT ADALAH KAMI RAKYAT KEPADA KAMU !!