Parliamen Singapura akan bersidang sekali lagi hari ini, Selasa 26 Mei 2020 bagi mendapat kelulusan mengunakan wang reserve sejumlah S$21billion untuk pakej sokongan keempat dalam masa dua bulan bagi membantu peniaga dan rakyat mengatasi masalah ekonomi akibat pandemik Covid 19.
Mengikut rekod ini bukan kali pertama parlimen Singapura bersidang masa pandemik Covid 19. Bahkan sebelum bantuan kewangan pertama di berikan kepada perniagaan dan rakyat parti memerintah telah mengadakan persidangan untuk memberikan penjelasan dan mendapatkan kelulusan parlimen.
Tetapi di Malaysia, kerajaan pintu belakang tidak mengadakan persidangan parlimen untuk memberikan penjelasan jauh sekali mendapatkan kelulusan parlimen sejumlah wang yang hendak dikeluarkan.
Ini merupakan salah satu kesalahan BESAR yang di lakukan oleh Kerajaan Pintu Belakang.
Mana-mana kerajaan di dunia tidak boleh membelanjakan wang kerajaan tanpa mendapatkan kelulusan parlimen dalam bentuk Belanjawan Negara.
- Halim Iskandar