NGO cadang SPR rampas kerusi wakil rakyat melompat
Lompat parti menyebabkan mandat rakyat dipermain-mainkan dengan meruntuhkan kerajaan dan menaikkan kerajaan yang tidak berjanji apa-apa sewaktu kempen pilihan raya.
Sebuah NGO, Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) menyarankan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merampas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen mana-mana wakil rakyat yang bertindak melompat parti.
Menurut Pengerusi Perinnbam, U. Thamotharan, cadangan itu perlu agar lompat parti tidak menjadi budaya dan norma baru politik Malaysia.
Katanya, wakil rakyat yang lompat parti telah hilang mandat dan kepercayaan rakyat yang mengundi mereka dan “wabak” tersebut perlu dihapuskan sama sekali.
“Suruhanjaya Pilihan Raya harus menerapkan undang-undang baru untuk memastikan perkara ini (rampas kawasan DUN) dikuatkuasa di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
‘
Thamotharan berkata, wakil rakyat sepatutnya memberi fokus kepada isu rakyat khususnya pandemik Covid-19 dan bukannya menumpu kepada isu politik semata-mata.
‘
Thamotharan berkata, wakil rakyat sepatutnya memberi fokus kepada isu rakyat khususnya pandemik Covid-19 dan bukannya menumpu kepada isu politik semata-mata.
DUN dan Parlimen melalui pilihanraya yang sah dengan harapan dan kepercayaan pemimpin yang diangkat akan berkhimat untuk mereka demi kepentingan dan kemajuan rakyat.
Bagaimanapun, amat memalukan apabila diketahui wakil-wakil rakyat itu lebih pentingkan agenda sendiri dan aktif untuk melompat parti bagi memenuhi objektif tersembunyi masing-masing.
Ujarnya, setelah menang pilihanraya, mereka sanggup mengabaikan rakyat yang mengundi dan tergoda dengan nafsu jawatan, kekayaan dan harta-benda.
“SPR perlu menerapkan undang-undang baru untuk menghalang mana-mana wakil rakyat daripada lompat Parti.
“Sekiranya wakil DUN atau Parlimen lompat Parti, kerusi DUN atau Parlimen tersebut perlu dibatalkan serta pilihanraya kecil wajib dilaksanakan untuk memberi semula kuasa kepada rakyat bagi memilih wakil rakyat mereka sendiri.
“Tindakan ini dapat mengelakkan segala jenis pembaziran dan dapat memastikan wakil Rakyat hanya fokus kepada isu rakyat dan berkhidmat sepenuhnya untuk rakyat mereka sehingga PRU seterusnya,” tambah beliau.