Kerajaan PN tidak stabil, Muhyiddin perlu letak jawatan – Ezam
Oleh: Mohamad Ezam Mohd Nor
Sidang Parlimen hari ini membuktikan satu perkara – kerajaan pimpinan Muhyiddin amat lemah dan tidak stabil.
Desas-desus yang mendakwa kerajaan hari ini hanya ada majoriti tipis terbukti benar dalam sidang parlimen hari ini.
Setelah lebih 2 bulan berkuasa, Muhyidin gagal membentuk kerajaan stabil. Wajar bagi Muhyidin berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain membentuk kerajaan stabil.
Dalam sebuah negara, terutama dalam saat krisis pandemik dan ekonomi, perkara paling pokok ialah kerajaan yang kuat dan stabil.
Hari ini ternyata Muhyidin gagal. Dan kegagalan ini tidak boleh dikompromi sebab mustahil sebuah kerajaan bermajoriti 1-2 kerusi (dan berubah2) boleh berfungsi dengan baik.
Beberapa minggu ini juga kita telah saksikan bagaimana tumpuan hanya kepada memperkukuh kedudukan dengan habuan jawatan2 GLC dll.
Saya menggesa Muhyidin dan seluruh kabinet MELETAK JAWATAN SEGERA agar seorang pemimpin lain diberi peluang membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil.
Kepentingan negara mesti menjadi keutamaan. Dan negara tidak akan boleh ditadbir dengan berkesan dengan kerajaan yang majoriti 1-2 ini.
Kerajaan jangan buat lawak lagi dengan mengatakan mampu menbina negara Malaysia cemerlang dengan majoriti corot ini. Cukup lah Malaysia jadi bahan lawak berkali2 tahun ini.
Ini soal serius.Soal negara. Pentadbiran negara dan pembangunannya. Kerajaan yang stabil adalah pra syarat utama.Tiada kompromi. Letak jawatan segera!