Ini bermakna Tun Dr Mahathir tidak dapat membawa usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, walaupun ia diterima oleh Mohamad Ariff. Dengan keputusan tersebut, sidang akan ditangguhkan selepas Agong menyampaikan titah diraja. Sementara itu Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata tindakan Muhyiddin itu sebagai mensia-siakan Institusi Parlimen. Beliau juga terkejut dengan tindakan tersebut. "Saya menganggap arahan di atas permintaan Perdana Menteri sendiri selaku Pengerusi Dewan adalah perbuatan yang telah MENSIAKAN tujuan parlimen yang merupakan cabang terpenting legislatif setelah eksekutif dan kehakiman.