Jangan hina Ketua Wanita Amanah
Oleh: AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
ULASAN: Saya merujuk kepada status Facebook Dr. Kamarul Zaman Yusoff pada 25 Mei 2020 yang menyiarkan tulisan beliau dengan tajuk “KETUA WANITA AMANAH YANG HIPOKRIT”.
Secara jelas tulisan tersebut ditujukan kepada saya yang mana keseluruhan tulisan berkenaan adalah bersifat fitnah dan menghina saya selaku Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) secara khusus dan Parti Amanah Negara (Amanah) secara amnya.
Kandungan video yang diambil secara sebahagian dan mengelirukan telah dimuat naik oleh beliau bersama-sama tulisan beliau itu. Ulasan oleh beliau yang disertakan juga menyerang saya terbuka secara tidak tepat dan tidak benar. Komen-komen di bawah status berkenaan sangat buruk dan jahat terhadap saya.
Setelah saya merujuk tulisan berkenaan kepada peguam saya, saya dengan ini memberi tempoh selama 48 jam kepada Dr. Kamarul Zaman Yusoff untuk memohon maaf secara terbuka kepada saya dan menarik balik segala tuduhan yang dibuat tersebut.
Jika beliau gagal, maka saya akan meneruskan tindakan perundangan (termasuk sivil dan jenayah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan) ke atas beliau tanpa sebarang notis lagi.
Sekian.
_______________________________________________________________________________
Penulis merupakan Ahli Dewan Negara dan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional