Ekonomi menggigit, rakyat tersepit sakit menjerit:



MOHD IRFAN ABDULLAH


Sempat tengok video Tun M masuk pejabat Bersatu tadi. Cool ke?

Secara peribadi, langsung tak cool. Nampak sangat janggal, hati kusut, tak keruan dan hilang arah. Bila masuk ofis, kosong. Mungkin orang lain malas nak layan kerenah orang tua (moyang bagi anak saya) ini.

Ingat, Tun sendiri yang letak jawatan sebagai PM. Tun juga tarik tali & putar2 isu penyerahan jawatan PM. Tak perlu ijazah atau mantik tinggi, rakyat kebanyakan dapat menilai yang Tun berpura-pura, tak jujur & cakap tak serupa bikin. Bahasa kampung, Tun “auta”.
Itulah alhasil daripada kerja sendiri, jadi sendiri yang tanggung.

Kami rakyat sibuk fikir kelangsungan hidup, bisnes terjejas teruk. Usahawan terpaksa cuba pelbagai cara untuk kekal bernafas di kala ekonomi & persekitaran menggigit. Menggigit dari kiri dan kanan.

Rakyat juga terpaksa tanggung kos topeng muka, sanitizer lain-lain disebabkan Covid19. Tak lupa juga harga barang naik. Macam-macam lah. Tun M tak rasa itu semua, ia tak semudah masuk ofis pintunya dibuka wahai Tun.

Satu menteri rambut belah tepi tu pun sama. You jangan sembang pasal gila kuasa, you pun gila kuasa sama gerombolan yang terliur sangat jawatan GLC sampai umum kepada media setiap Ahli Parlimen parti itu akan dapat jawatan. 

Cukuplah Tun, duduklah dengan tenang di istanamu. Buatlah apa yang sepatutnya & seadanya.

Pandailah Mukhriz nak hidup nanti. Beliau bukan anak kecil, dah berjambang berjanggut Tun.

Cukuplah, cukuplah 😏