BAHAGIAN 4
Aku telah sebut di hadapan kawan-kawan pimpinan PH Johor (masa itu PPBM masih belum wujud) bahawa aku enggan untuk naik sepentas dengan Mahathir dalam ceramahnya di Johor.Tetapi pada akhirnya, janjiku itu aku langgar juga apabila Mazlan Aliman, pemimpin Parti Amanah yang memimpin NGO (Pertubuhan Anak Peneroka Felda) menjemput aku supaya hadir dalam satu ceramah khusus berkenaan isu Felda di Felda Medoi, dalam daerah Segamat, Johor.
Penceramah utama dalam majlis ceramah umum itu ialah Mahathir. Mazlan Aliman pandai memujuk aku supaya datang berceramah berkenaan isu Felda kerana aku sebagai seorang peguam, menurut Mazlan banyak mengetahui soal undang-undang berkaitan Felda.Lagi pula Felda Medoi itu terletak di dalam kawasan Parlimen Sekijang yang mempunyai 6 kawasan Felda. Kerusi Felda Sekijang itu mungkin ditandingi oleh calon dari parti PKR.Jadi sebagai Pengerusi PKR Johor aku wajib memenangkan calon PKR dan PH di Sekijang itu nanti.Aku serba salah tetapi akhirnya mengalah.Aku bersetuju untuk hadir berceramah bersama Mahathir di Felda Medoi itu nanti.
Pada malam ceramah umum di Felda Medoi itu, aku menjadi penceramah yang kedua. Mazlan Aliman meminta aku berucap sepanjang yang mungkin sehingga Mahathir sampai.Satu tugas yang amat berat kerana suaraku sudah mulai pecah dan garau.Setiap malam asyik berceramah.
Aku pun berceramah sebaik yang mungkin untuk menarik perhatian rakyat Melayu yang kebanyakannya adalah peneroka Felda.Jadi isu Felda yang aku bincangkan dan dikaitkan dengan isu politik serta ekonomi negara dan kehidupan rakyat jelata. Sedang aku bercakap itu, tiba-tiba rombongan Mahathir pun sampai.Kereta yang membawa Mahathir berhenti di sebelah khemah dan pentas ceramah.
Bekas Perdana Menteri yang berumur 92 tahun itu berjalan pelahan-lahan mendaki anak tangga pentas ceramah. Tempat ceramah kami pada malam itu amat sederhana sifatnya untuk seorang pemimpin seperti Mahathir.Mahathir ditemani oleh beberapa orang pemimpin PH dan juga pemimpin setempat,akar umbi.
Aku masih di rostrum dan sedang berucap ketika itu.Aku berhenti seketika berucap dan mengalu-alukan kedatangan Mahathir.Aku menjemput Mahathir naik ke pentas dan duduk di kerusi kayu jati yang terbaik yang dapat disediakan oleh Mazlan Aliman sebagai penganjur majlis ceramah itu.
Inilah kali pertama sejak sekian lama, aku melihat Mahathir secara dekat. Hari telah lebih jam 9.30 malam.Kami berada di kawasan luar bandar, nun jauh dalam daerah Segamat.Bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu sanggup datang untuk memberi penerangan kepada rakyat.Bukan satu kerja yang mudah.Bukan satu usaha sambil-sambilan.Aku mula bermuasabah terhadap sikapku sendiri selama ini yang terlalu keras menentang Mahathir.
BAHAGIAN 5
Aku meneruskan ceramahku untuk beberapa minit, sebelum mengakhirinya.Mahathir telah duduk di atas kerusi kayu jati bersofa di atas pentas, layak bagi seorang tetamu istimewa. Inilah satu daripada sejarah dalam hidupku, di mana seorang bekas Perdana Menteri, seorang yang dipanggil ''diktator'', seorang yang digelar negarawan bertaraf dunia duduk mendengar beberapa minit terakhir ceramahku, pada malam hening gelap di bumi Segamat, Johor, sebuah negeri yang mendakwa Umno paling kuat di dunia.
Sebaik sahaja aku selesai menyampaikan ceramah, aku segera pergi menemui Mahathir dan menghulurkan salam kepadanya.Beliau mengangkat muka, memandangku, seraya tersenyum dengan matanya yang tajam menyambut salamku.Aku tidak pasti waktu itu, sama ada aku sedang bersalaman dengan seorang demokrat? Seorang diktator? Seorang nasionalis? Seorang patriotik? Aku tidak pasti.Yang penting bagiku ialah bahawa Mahathir seorang manusia yang perlu dihormati.Sebagai sesama manusia, aku menghulurkan salam silatulrahim kepadanya.
Aku malu pada diriku sendiri. Beberapa bulan yang lalu, aku dengan angkuh dan sombong diri, telah menyatakan bahawa aku tidak akan duduk sepentas berceramah dengan Mahathir.Tetapi pada malam itu, aku telah melanggar pengisytiharan yang aku buat sendiri. Sebenarnya Mahathir mungkin tidak kenal siapa aku, seorang yang tiada nama, tidak pernah berada di dalam Umno.