Dari Pas ke Amanah…..
Aku bukannya berasal dari keluarga politik….
Tetapi aku kenal politik seawal umur 13 tahun…
Pada tahun 1995, PRU ke 9….kebetulan ada ceramah umum berdekatan rumah….aku terpesona mendengar penceramah berceramah…tak ingat dah sapa yg berceramah masa tu..
Aku kemudian ikut org tua di kampung pergi dengar ceramah pada PRU tu…masih ingat ceramah politik oleh Ann Wan Seng di kampung Lawang…..
Masa tu memang semangat bila pergi dengar ceramah politik….dengar penceramah berpolitik sambil selit2 ayat2 quran,hadis….aku terpesona…
Ada saja ceramah politik sekitar tanah merah,kadang2 hingga ke machang aku ikut untuk pergi dengar…
Tingkatan 4/5 aku ke MRSM kuantan…semangat tak pudar….setiap hari jumaat Akhbar HARAKAH aku beli masa pulang dari solat jumaat di Medan Tok Sira….kebetulan 1999 PRU 10….era reformasi….bendera parti bawak naik sampai kat dalam asrama….aku tak hirau sapa2….Malam keputusan pilihanraya sanggup tunggu depan TV….bersorak gembira bila menang kat Terengganu dan Kelantan Kekal….
Masuk matriks…..semangat masih sama…berbangga bila tahu pemilik kolej matriks menyokong parti yg aku juga sokong….pensyarah2 pula ramai yg satu aliran politik….mmg aku kaji setiap kecenderungan politik pensyarah masa tu….politik dan aku xltak dapat dipisahkan…di matriks juga aku mula kenal tamrin….aku join tamrin underground atau yg legal (dianjurkan kolej)……
Masuk U….tahun 1 aku join usrah Ikram yg dipimpin oleh pensyarah…tapi di tahun 2….aku ‘ditarik’ utk join usrah underground…aku bertamrin….ingat lagi tamrin kat Kg Al Hidayah kat Hulu langat…..aku jadi pengerusi masa Ustad Ghani memberi pengisian…masa tamrin tu juga aku pertama kali mendengar pengisian dari Dr Dzulkefly Ahmad…di kampus aku terlibat dgn pilihanraya kampus melawan geng Aspirasi (umno kampus)….tahun 2004, PRU ke 11…kali pertama mengundi…Parti aku sokong menang dengan majoriti 2 undi….
Keluar U….buat housemenship kat hosp Kota Bharu….2008 PRU ke 12…..masuk hospital aku pasang bendera parti yg aku sokong kat kereta Iswara….Pengarah Hospital sound kat perhimpunan…ada aku kisah…..munajat kat stadium aku pergi selepas habis ‘assist’ pakar kat OT….alhamdulillah parti aku sokong menang besar masa tu.masa malam pengumuman keputusan aku berkonvoi mengiringi peti undi Kemahang 1 ke pusat pengiraan undi…semangat luar biasa…berderet kereta mengikuti kereta peronda polis yang bawa peti undi…
Pilihanraya kecil….setiap kali pilihanraya kecil..sebut saja kat mana….Port Dickson,Kuala terengganu, Manik Urai dan akhir sekali Cempaka…aku turun berkempen buat rawatan kesihatan sesuai dgn profesion aku sbg doktor….
Pasca PRU 13…..tahun 2015 ….aku di Kuala Lumpur masa tu…Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia….aku sanggup balik dari KL dgn flight semata2 utk memberi penghormatan terakhir kepada sosok tubuh yang aku sayang.
Selepas itu….parti yg aku sokong berubah….yg sebelum ini tegas melawan umno menjadi lunak… pimpinan parti sendiri di herdik, di baca dgn doa laknat semasa muktamar…timbalan presiden tidak dihormati oleh barisan pemuda …dan banyak lagi…
Kemuncak di muktamar Kuala Selangor…..setandan pimpinan di singkir …pimpinan yg pada pandangan mata aku bekerja kuat utk menaikkan parti selama ini…pemimpin yg bukan hanya pandai berkata2 tetapi prestasi mereka terbukti.
Tahun 2015…aku bersama Gerakan Harapan Baru (GHB)…..seterusnya bersama Parti Amanah sehingga kini…
Parti yang aku yakin pada masa ini adalah yg terbaik utk aku berPOLITIK….. yang lebih inklusif dan progresif….pimpinan yg telah terbukti kepimpinan mereka, berintegriti tinggi dan mampu membawa agama Islam pada tempat yg lebih tinggi….