Ilustrasi pengiraan asal dimuat naik oleh Bank Negara Malaysia pada 27 Mac 2020, tanpa faedah/kadar keuntungan tambahan selepas moratorium 6 bulan, bayaran sama seperti sebelumnya, hanya bayaran pokok dan faedah/kadar keuntungan asal.
Dalam kenyataannya hari ini, Bank Negara mengakui telah memuat naik ilustrasi asal itu sebelum ditarik-balik. Hari ini, 1 Mei 2020 Bank Negara telah mengeluarkan satu ilustrasi baru. Ilustrasi asal 27 Mac itu seperti dinyatakan oleh Bank Negara sendiri, telah dipadamkan selepas bank-bank mengeluarkan ilustrasi pengiraan masing-masing, yang nyata berkeras mahu mengenakan faedah/kadar keuntungan tambahan.
Selain soal u-turn yang diperkatakan ramai orang sekarang ini, sebenarnya wujud isu yang lebih besar. SIAPA MENGARAH SIAPA? SIAPA MENGIKUT SIAPA? Bank Negara mengawal bank-bankkah? Atau bank-bank mengawal Bank Negara? Bank Negara tunduk kepada bank-bank? Atau bank-bank tunduk kepada Bank Negara? Seharusnya bagaimana? Siapa meregulasi siapa?
Atau mungkinkah Bank Negara ditekan? Kalau Bank Negara ditekan, Bank Negara patut mengadu kepada bosnya, Menteri Kewangan. Tetapi macam saya cuplik sebelum ini apa yang dikatakan oleh Azalina Othman Said, Menteri Kewangan sekarang wakil bank, bukan wakil rakyat! Jadi untuk senang faham, dari segi hierarchy, Bank Negara memang di atas bank-bank, di atas Bank Negara pula adalah Menteri Kewangan. Entah kebetulan atau tidak Menteri Kewangan itu bekas CEO bank. Anda faham ke tidak ni? Siapa menguasai siapa?
#covid19 #covid19malaysia #kitajagakita
#perintahkawalanpergerakan #dudukrumah
#stayathome #staysafe #pray4malaysia
#StayIn #mco #movementcontrolorder
#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia
#keadilan21tahun #lawantetaplawan
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail
Parti Keadilan Rakyat Parti Keadilan Rakyat
Pakatan Harapan
#perintahkawalanpergerakan #dudukrumah
#stayathome #staysafe #pray4malaysia
#StayIn #mco #movementcontrolorder
#akukeadilan #kamikeadilan #neoreformia
#keadilan21tahun #lawantetaplawan
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail
Parti Keadilan Rakyat Parti Keadilan Rakyat
Pakatan Harapan