Amanah keluar Pas tak kejar dunia …
Jamzuri Ardani
Ketika beberapa pimpinan Amanah keluar dari PAS dulu, mereka tidak ada kepentingan. Dari MP pembangkang terus jadi MP pembangkang. Dari ADUN biasa terus menjadi ADUN biasa. Kerajaan tidak bertukar. Mereka sekadar mempertahankan mandat pengundi yang mengundi mereka kerana mereka berkempen menentang BN semasa PRU. Mereka terpaksa keluar parti kerana mahu kekal lawan BN, dan tidak mahu jadi mesra BN selepas jadi wakil rakyat. Itu amanah rakyat yang mereka pelihara.
Berbeza dengan situasi lompat katak Bani Pengkhianat sekarang. Mereka melompat kerana tembolok. Mereka lompat demi kepentingan diri. Mereka lupa apa yang mereka ucapkan kepada para pengundi semasa PRU14. Mereka ajak rakyat tolak BN, tapi bila rakyat undi mereka, mereka pula lompat untuk bersama BN.
Kalau itu bukan khianat, apa lagi?