4 MEI

Sedikit *pencerahan* berkenaan Isnin *4 Mei 2020* ni..

Ada yang kecewa dengan keputusan kerajaan.. ada yang dah seronok fikir nak ke mana Isnin ni.. yang takut dan khuatir pun ramai..

Ramai juga yang bertanya itu ini.. maaf.. nak beritahu soalan tu kebanyakannya kurang bernas sebab korang tak buat homework sebelum bertanya.. korang nak pertikai tapi pertikaian korang tu tak kena point..

Nak bertanya boleh.. tapi tolonglah berfikir sebelum bertanya..

PKP 4 sepatutnya tamat pada 12 Mei 2020.. jangan melatah.. harap posting ini dapat memberi idea kepada semua.. ia cerita yang simple supaya senang faham..

Kita perlu menyambut baik pengumuman ini.. tentu sekali ada baik dan buruknya.. dan yang paling ketara semua orang takut..

1. Di antara 4 Mei hingga 12 Mei ada 9 hari.. dalam 9 hari ini adalah *hari penentu*.. untuk meneruskan *PKP 5*.. atau memulakan *exit strategy*.. sekiranya 4 Mei ini dapat mendidik masyarakat hidup dalam *new normal* dengan baik..

2. 4 Mei adalah hari memulakan *new normal* disertakan pelbagai SOP ketat dan panduan..

3. Graf jangkitan sudah menurun.. dan kes baharu yang dicatatkan adalah dari kes import.. dan kes generasi ke 3.. atau ke 4.. mudah kita faham sebab jangkitan dari kes generasi pertama hingga generasi ke 3 atau ke 4 mengambil tempoh mungkin 25-30 hari.. sekarang PKP sudah melangkau 45 hari..

4. Bermakna tiada kes jangkitan dari generasi pertama dan kedua..

5. Takut pergi kerja guna pengangkutan awam dan sebagainya?..

Setiap operator perlu melakukan *nyahkuman* sebelum memulakan operasi.. wajib menyediakan *hand sanitizer*.. dan *sabun* basuh tangan.. wajib *menjarakkan* meja makan 2 meter..

Setiap individu perlu menjaga kebersihan diri.. menjaga jarak sosial.. sentiasa mencuci tangan.. mandi terus.. selepas pulang ke rumah..

6. Kenapa tak boleh merentas negeri?.. kenapa tak boleh balik kampung lagi?.. sekiranya 4 Mei ini memudaratkan.. risiko jangkitan adalah lebih kecil berbanding *risiko massive spread* hingga ke bandar atau negeri lain..

7. Selagi kita tidak menerima atau membenarkan orang keluar/masuk dari Malaysia.. *risiko jangkitan massive* sangat rendah dan potensi kita menang amat tinggi..

Nasihat saya.. gunakan 4 Mei 2020 dengan penuh syukur.. tanggungjawab.. dan hanya ke satu destinasi atau tempat.. jika benar-benar perlu sahaja.. walau sudah diberi mandat oleh kerajaan.. masih perlu elakkan jika mahu rasa selamat..

Kerana 4 Mei ini peluang dan risiko adalah sama *50-50*..

Pada yang dah rasa seronok sangat tu.. perlu dinasihatkan buanglah sikap seronok jakun nak berlibur tu.. kerana peluang dan risiko *50-50* tu kita kena ingat.. tanam dalam kepala.. jangan nanti jangkitan naik semula.. semua salahkan PM.. salahkan kerajaan.. yang keluar macam terlepas kandang tu kita.. tetap salahkan orang lain..

Yang keluar berjalan pimpin tangan tu boleh simpan tangan masing-masing.. Sebab apa?.. masanya tak sesuai lagi!.. ni bukan masa korang nak bercinta tunjuk loving..

Kalau sama² serumah risiko memang sangat rendah.. tapi mereka² ni yang bercouple.. yang tidak serumah pun nak berpimpin tangan.. sedangkan risiko jangkitan yang duduk berasingan lebih bahaya..

Kalau kita semua jaga kita semua.. kita semua mesti menang.. mungkin kita semua dapat berhari raya bersama keluarga di kampung..

Kita _hampir_ menang..
Kita *mesti* menang..

Berdoalah...
Allah bantu kita.
Aamiin. 🤲🏻

#CpPnSha